Kejatuhan Kerajaan Perak, Pemuda Pas titipkan ‘Tahniah’ kepada DAP Perak dan parti sekutu

KUALA LUMPUR – Pemuda PAS secara sinis menitipkan ucapan tahniah kepada DAP Perak dan parti-parti yang bekerjasama kerana kejayaan mereka menjatuhkan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata, keputusan undi percaya terhadap Menteri Besar Perak hari ini akan menyaksikan pertukaran teraju kerajaan negeri itu.

“Tahniah DAP Perak dan parti-parti yang bekerjasama dengannya.

“Kerajaan Perak bertukar teraju pula,” catatnya ringkas di Facebook, hari ini.

Pagi tadi, Ahmad Faizal kalah dalam undi percaya yang dibawa oleh wakil rakyat UMNO, menyebabkan Adun Chenderiang hilang majoriti sebagai Menteri Besar.

Hanya 10 daripada 59 Adun menyokong usul itu berbanding 48 yang menolak. Satu undi rosak atau berkecuali.

Untuk rekod komposisi kerusi dalam DUN Perak, UMNO mempunyai kerusi paling banyak iaitu 25, diikuti DAP (16), Amanah sebanyak (5), Bersatu (5), PKR (3), Pas (3) dan Bebas (2). Suara.TV

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker