MySejahtera Makin Menyusahkan
Oleh Nurul Aisyah
SEPATUTNYA sesuatu aplikasi yang ditambah baik akan memudahkan lagi pengguna namun berlainan pula dengan aplikasi MySejahtera. Aplikasi tersebut dilihat semakin rumit dan menyusahkan hidup rakyat.
Bayangkan berapa kali kita perlu daftar masuk dan daftar keluar MySejahtera apabila kita berkunjung ke “Shopping Complex”.
1. Masuk ke pusat membeli belah – satu kali
2. Masuk ke kedai A – dua kali
3. Keluar dari kedai A – tiga kali
4. masuk ke kedai B – empat kali
5. keluar dari kedai B – lima kali
6. masuk ke kedai C – enam kali
7. keluar dari kedai C – tujuh kali
8. masuk ke kedai D – lapan kali
9. keluar dari kedai D – sembilan kali
10. masuk ke kedai E – sepuluh kali
11. keluar dari kedai E – sebelas kali
Sebelum ini, kita hanya perlu daftar masuk ke 5 buah kedai dalam “shopping complex” sebanyak enam kali saja berbanding aplikasi MySejahtera yang kononnya ditambah baik oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sebanyak sebelas kali.
Semalam KJ dalam satu hantaran Twitternya, berkata pasukan yang dipertanggungjawabkan akan memulakan proses penambahbaikan bagi memudahkan orang ramai memaparkan tahap risiko dan status vaksinasi masing-masing.
Aplikasi MySejahtera katanya akan ditambah baik dengan pengenalan ciri-ciri baharu bagi memudahkan penggunanya memaparkan status kesihatan mereka.
Khairy berkata, satu ciri terbaru dalam aplikasi MySejahtera ialah butang daftar keluar yang ditambah bagi menambah baik proses pengesanan kontak. Butang daftar keluar inilah yang akan semakin menyusahkan rakyat. Mereka mula mempertikaikan perkara ini. Macam inikah cara pemikiran lepasan “Oxford”? Benda “simple” jadi semakin rumit.
You must be logged in to post a comment.