OP SAR cari anggota tentera dikhuatiri lemas di Bera

OP SAR cari anggota tentera dikhuatiri lemas di Bera

Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan seorang anggotanya, Lans Koperal Mohamad Azrin Mohamad Isa dipercayai lemas dan hilang ketika menjalani latihan di Bera, Pahang semalam.

Menurut kenyataan Sel Perhubungan Raya Markas TDM, Mohamad Azrin dari 10 Briged Para adalah anggota tinjau dari pasukan Kompeni PANDURA (Para) yang sedang menjalani latihan penyusupan menyeberangi Sungai Pahang bagi Eksesais Para Predator Siri 1/2021 di Kawasan Am di Bera.

Ketika kejadian, anggota berkenaan sedang melaksanakan Fasa Latihan Taktikal Menyeberangi Sungai di sekitar kawasan Kampung Batu Bor semalam pada kira-kira pukul 4.40 petang.

“TDM telah menggerakkan anggota operasi dan menyelamat, namun tiada penemuan sehingga kini.

“Operasi mencari dan menyelamat (OP SAR) dilakukan bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 2 Pahang di lokasi kejadian semalam pada pukul 4.50 petang.

“OP SAR ini juga turut dibantu polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung di kawasan di mana mangsa kali terakhir dilihat,” kata kenyataan itu.

Namun, OP SAR terpaksa ditangguhkan kira-kira jam 7 malam semalam kerana keadaan cuaca yang semakin gelap dan disambung semula hari ini.

“Sebarang perkembangan mengenai kejadian tersebut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

“TDM berharap masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu misi pencarian ini serta bagi menjaga perasaan waris mangsa yang terlibat,” kata kenyataan yang sama. MG


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Najib tawar bantuan guaman kepada gadis hilang tangan akibat disamun

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker