Resepi Nasi Goreng Cili Api

Resepi Nasi Goreng Cili Api

Resepi kali ini merupakan satu lagi resepi dari koleksi nasi goreng yang sentiasa mendapat permintaan.

Pelbagai jenis nasi goreng yang boleh didapati salah satunya ialah nasi goreng cili api yang menggunakan cili api sebagai bahan utama nya.

Oleh itu rasanya amat pedas dan sesuai bagi orang yang gemar makanan yang pedas. Bagi anda yang ingin mencari idea apakah masakan yang hendak di masak hari ini berikut adalah bahan-bahan yang anda perlukan.

Bahan-bahan

3 cawan nasi sejuk ( digaul sehingga ia berderai)

Bahan-bahan tumbuk

½ labu bawang besar
2 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis
Segenggam cili api

Bahan rencah

Kacang panjang potong bulat
Lobak merah potong dadu ( pilihan )
10 batang cili api (hiris nipis)
Telur 2 biji
Kicap manis (pilihan)

Kaedah

Mula-mula tumbuk kasar semua bahan, termasuk 1 ½ sudu teh garam dan ¼ sudu teh serbuk perasa.

Panaskan kuali, tumiskan bahan tumbuk.

Apabila telah garing, masukkan bahan rencah kecuali telur dan cili potong.

Gaul semua bahan sebati.

Baru pecahkan telur, dan biarkan ia tanpa dikacau.

Baru masukkan nasi sejuk dan gaul sebati.

Goreng dengan api yang besar dan gaul laju-laju.

Akhir sekali masukkan cili api yang telah dipotong.

Goreng lagi nasi sehingga ia benar-benar masak dan panas.
Siap!

Jika anda tidak berani makan makanan yang pedas seperti ini anda boleh kurangkan jumlah cili api. Sebaliknya jika anda suka makanan yang sangat pedas anda boleh menggunakan cili api merah yang amat pedas itu. Apa pun diharap anda sudi mencuba resepi ini dan jangan lupa kongsikan ia. Semoga berjaya!

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Nasi Goreng Cili Api


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Resepi udang sambal hijau meletop

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker