Melayu Banjar lawan komunis guna parang

Melayu Banjar lawan komunis guna parang. Peristiwa Perang Sabil di Sungai Manik pada tahun 1940-an terus segar dalam ingatan penduduk di sini kerana orang Melayu ketika itu hanya menggunakan parang menentang komunis yang bersenjatakan senapang.

Peristiwa itu berlaku ketika komunis Bintang Tiga menguasai negara selepas tentera Jepun berundur dari Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua.

Perang penduduk ke atas komunis yang dikenali Perang Sabil Sungai Manik dikaitkan kehandalan dan kehebatan ilmu kebatinan suku Melayu Banjar di sini.

Ketika itu, pergerakan penduduk seperti tentera Sabil atau kumpulan parang terbang dipimpin tokoh agama terkenal, Tuan Guru Haji Bakri.

Cerita tentang parang terbang dan kehandalan pahlawan Melayu Banjar yang hanya bersenjatakan parang menentang komunis yang lengkap bersenjatakan senapang sudah menjadi satu legenda.

Seorang penduduk di sini, Asmuni Abdul Rahman, 90, yang pernah berguru dengan Tuan Guru Haji Bakri berkata, kisah perjuangan orang Melayu menentang komunis tidak pernah dilupakan.

Menurutnya, dengan hanya berbekalkan parang, penduduk mempertahankan kampung mereka daripada ancaman komunis.

Katanya, orang kampung bersatu hati malah sanggup berkorban nyawa demi kampung mereka.

“Kami antara rakyat yang dapat menghayati makna kemerdekaan sebenar kerana di kampung kami tercatat peristiwa besar iaitu perang menentang orang Melayu terhadap pengganas komunis.

“Semangat perjuangan orang dahulu mempertahankan kampung akan terus kami ingati,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Sementara itu, surau yang menjadi kubu penduduk ketika digempur komunis masih wujud di Parit 7C di sini dengan bangunan yang sebelum ini diperbuat daripada papan, kini dibina dengan batu.

Bangunan surau itu adalah tempat Tuan Guru Haji Bakri dan penduduk kampung bertahan daripada serangan komunis.

Dalam pada itu, Ketua Kampung Permatang, Parit 7 Sungai Manik, Abdul Halim Abdul Rashid, 55, berkata, kisah perang Sabil pada tahun 1940-an tetap menjadi kebanggaan generasi hari ini.

“Mereka bermandi darah mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara, sewajarnya kisah perjuangan ini diangkat sebagai sejarah negara,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, kisah perang Sabil di Sungai Manik perlu diiktiraf dalam sejarah negara kerama mereka membela maruah orang Melayu.

Katanya, kisah itu tidak ditulis secara jelas dalam buku sejarah mungkin kerana mahu menjaga sensitiviti perkauman. – UTUSAN

Melayu Banjar lawan komunis guna parang


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


PU Syed mohon polis ziarah Suhaimi Saad

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker