Kabinet baru, kita sokong selagi tidak salah – Shahril
Kabinet baru, kita sokong selagi tidak salah – Shahril
KUALA LUMPUR, 27 Ogos – “Mustahaknya, apapun tanggapan awal, inilah ‘team’ yang dibariskan atas padang. Yang perlu tegur, kita tegur. Namun, selagi mereka tidak buat perkara salah, kita sokong, kita bantu, kita jayakan atas semangat berpasukan dan ‘Keluarga Malaysia’.”
Demikian tegas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan yang merakamkan ucapan tahniah kepada semua yang dilantik membarisi Jemaah Menteri baharu di bawah kepimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Katanya, pelantikan yang diumumkan hari ini adalah bersifat serahan amanah kepada semua individu berkaitan untuk berkhidmat dalam era yang paling mencabar.
“Meskipun dalam kalangan barisan ini terdapat wakil-wakil yang turut berkhidmat sebelum ini, tidak terus bermaksud semuanya akan kekal sama. Perkara positif yang diwarisi boleh diperkukuh, yang negatif boleh diperbetul.
“Maka, amanah baru yang dipikul ini tetap menjadi peluang untuk seluruh Jemaah Menteri menambahbaik prestasi keseluruhan berbanding sewaktu pentadbiran dahulu. Terpulang kepada Jemaah Menteri sama ada mengambil peluang itu atau tidak.
“Tidak salah kiranya andai kita beri sedikit masa sebelum mengadili baik buruknya,” katanya dalam hantaran dalam laman facebooknya.
Ujar Shahril, bukan hanya selaku orang UMNO, tetapi sebagai rakyat Malaysia, tentunya mengharapkan kerajaan ini berjaya mengambil peluang tersebut.
Baca Artikel Menarik :
- Senarai penuh kabinet baru Ismail Sabri
- Tak masuk akal Bersatu tanding banyak kerusi di Pahang
- Kabinet miliki 31 menteri, 38 timbalan menteri
- Ini kabinet PN 2.0, kata pembangkang
- PM bazirkan peluang tak lantik Azalina, Asyraf Wajdi dan Shahril
- Kluster Mahkamah hanya mahu perbicaraan adil
- Ceiling fan falls on family of 6 having dinner [VIDEO]
- Terkejut babi putih terjah depan rumah (Video)
- Alasan bergaduh dengan isteri, rupanya….
- Resepi Bihun Goreng Tomyam Sempoi
- Pasangan kekasih berdepan detik cemas motosikal dihimpit, disamun
Layari Laman Facebook MYKMU
“Apabila melihat situasi rakyat hari ini, tiada waktu untuk berbalah, adu domba, berspekulasi lagi. Sebaliknya ini masa untuk bekerja, melaksana perkara yang boleh mendapat sokongan dan kepercayaan rakyat.
“Dengan asas kestabilan politik, dipimpin oleh Perdana Menteri baru, diharapkan barisan Jemaah Menteri ini akan mampu merangka dan melaksana dasar-dasar yang lebih baik sesuai dengan keperluan semasa mengurus Covid-19 dan ekonomi rakyat yang kian tenat.
“Cadangan akan terus diberikan dari masa ke semasa termasuk dari dalam parti sendiri, untuk pertimbangan Kerajaan,” katanya lagi yang mengucapkan selamat bertugas kepada semua anggota kabinet. UMNO Online
Kabinet baharu, kita sokong selagi tidak salah – Shahril
You must be logged in to post a comment.