Dosa Sebesar Gunung Masuk Ke Syurga Kerana Asbab Ini
Dosa Sebesar Gunung Masuk Ke Syurga Kerana Asbab Ini
Peranan ikhlas amat penting di dalam beribadah kerana ia adalah satu dari dua perkara yang menyebabkan amalan diterima. Seperti yang dinyatakan di dalam surah al-Mulk ayat 2,
“Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat.”
Para ulama berpendapat amalan yang lebih baik ialah amalan yang paling ikhlas dan tepat mengikut sunnah. Sesungguhnya amalan yang suci tapi tidak tepat pun tidak diterima. Begitu juga jika amalan itu tepat tetapi tidak suci maka ia juga tidak diterima.
Suci di sini bermaksud ikhlas kerana makna ikhlas itu adalah menyucikan ibadat dan amalan. Tepat ialah mengikut ibadat yang dilakukan dan diajarkan oleh Nabi s.a.w. Dari situ para ulama menyimpulkan, setiap amalan mesti ada dua syarat agar diterima Allah iaitu ikhlas dan tepat mengikut sunnah Nabi.
Perkara yang sama juga ada disebut di dalam surah al-Kahfi: 110,
“Katakanlah (wahai Muhammad) “Sesungguhnya aku hanya lah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepada ku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang satu; oleh itu sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang salih, dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya.”
Amalan soleh adalah amalan yang dilakukan mengikut seperti Nabi ajarkan. Manakala tidak syirik di sini membawa maksud amalan yang ikhlas.
Ikhlas Penghapus Dosa
Ikhlas adalah perkara yang penting di dalam amalan seharian. Tanpanya amalan tidak akan diterima oleh Allah. Ikhlas itu bukan kerja orang alim saja malah orang yang tidak punya apa-apa mahu pun pernah melakukan dosa yang paling besar pun boleh berlaku ikhlas.
Kerana keikhlasan yang dilakukan walaupun sekadar memberi minum anjing yang kehausan pun boleh menghapuskan dosa.
Jika mengikut logiknya mana mungkin perbuatan yang sekecil itu boleh diterima Allah hingga dijadikan sebagai pengampun dosa. Tapi, itulah yang dinyatakan di dalam sebuah hadis dari Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w bersabda,
“Sesungguhnya seorang wanita pelacur melihat seekor anjing sedang mengelilingi sebuah telaga pada hari yang sangat panas. Anjing itu menjelirkan lidahnya kerana kehausan. Wanita itu menggunakan kasutnya yang diperbuat dari kulit untuk mengambil air telaga tersebut sehingga anjing itu dapat minum. Oleh sebab perbuatannya itu, dosa wanita itu diampunkan.”
Sebenarnya, Allah tidak memandang siapa dan banyak mana amalan yang dilakukan oleh seseorang tapi Allah memandang keikhlasannya semasa menolong anjing itu. Ketika itu hatinya benar-benar ikhlas untuk menolong anjing yang kehausan dan bukan untuk menunjukkan kepada orang lain tentang kebaikannya. Kerana ikhlas itulah Allah ampunkan dosanya.
Dari situ boleh dilihat bahawa ikhlas itu bukan tertakluk pada perkara besar yang boleh mengamankan dunia dan masyarakat saja. Ia juga boleh jadi kepada amalan yang kecil seperti yang dilakukan oleh pelacur itu sekadar memberi anjing minum. Apalah sangat baktinya itu yang dilihat orang lain sebagai tidak memberi kesan apa-apa pun.
Namun kerana ikhlas itulah Allah memandang pertolongan yang sedikit itu dibalas dengan keampunan dosa yang pernah dilakukan walau dosa besar sekali pun.
Ikhlas itu kita buat kerana Allah bukan tertakluk kepada benda yang besar sebaliknya sekecil-kecil amalan yang dilakukan dengan ikhlas pun diambil kira. Ia ada kait rapat dengan niat. Niat itu yang akan menghasilkan ikhlas. Diambil sedikit apa yang pernah diperkatakan oleh Imam al-Ghazali,
“Niat yang lurus dan hati yang ikhlas semata-mata kerana Allah lebih tinggi martabatnya dan kedudukannya daripada pekerjaan yang semata-mata hanya berdasarkan pada niat untuk memperoleh keduniaan.”
Begitu juga halnya dengan sedekah tidak boleh dilakukan selain dari mengharapkan balasan daripada Allah. Aku bersedekah dengan harapan Allah akan beri lebih banyak rezeki di masa akan datang.
Itu tidak menjadi kesalahan kerana apa yang kita lakukan sentiasalah dipasangkan niat hanya mengharapkan kepada Allah, itu pun termasuk di dalam ruang lingkup ikhlas. Tawaran yang Allah berikan dan tidak menjadi kesalahan kepada kita untuk mengharapkan sesuatu dari Allah termasuk hal dunia atau pun hal akhirat.
Ada sebuah hadis, Nabi s.a.w bersabda,
“Tiada satu pagi pun kecuali ada dua malaikat yang turun dan satunya berkata, “Ya Allah berilah kepada orang yang memberi hartanya gantian.” Dan berkata yang satu lagi, “Ya Allah berilah kepada orang yang menahan hartanya kehilangan.” – HR Bukhari dan Muslim
Apabila kita buat suatu benda yang baik maka Allah akan memerhatikan dan Allah akan masukan pada hati orang lain rasa cinta kepada kita. Sebab itulah orang yang bersedekah kerana ikhlas akan mendapat pertolongan Allah daripada orang lain walaupun bukan orang yang pernah ditolongnya. Wallahu a’lam utv
Dosa Sebesar Gunung Masuk Ke Syurga Kerana Asbab Ini
Baca Artikel Menarik :
- Senarai penuh kabinet baru Ismail Sabri
- Tak masuk akal Bersatu tanding banyak kerusi di Pahang
- Kabinet miliki 31 menteri, 38 timbalan menteri
- Ini kabinet PN 2.0, kata pembangkang
- PM bazirkan peluang tak lantik Azalina, Asyraf Wajdi dan Shahril
- Kluster Mahkamah hanya mahu perbicaraan adil
- Ceiling fan falls on family of 6 having dinner [VIDEO]
- Terkejut babi putih terjah depan rumah (Video)
- Alasan bergaduh dengan isteri, rupanya….
- Resepi Bihun Goreng Tomyam Sempoi
- Pasangan kekasih berdepan detik cemas motosikal dihimpit, disamun
Layari Laman Facebook MYKMU
Dosa Sebesar Gunung Masuk Ke Syurga Kerana Asbab Ini