Mansuh ordinan berkaitan darurat
Mansuh ordinan berkaitan darurat, peguam beritahu menteri undang-undang baharu
Menteri baharu yang memegang portfolio undang-undang, Wan Junaidi Tuanku Jaafar, mesti memansuhkan semua rang undang-undang berkaitan Ordinan Darurat apabila Dewan Rakyat bersidang pada 6 Sept, kata seorang peguam.
Surendra Ananth berkata, persoalan sama ada darurat sudah berakhir masih belum terjawab.
“Perkara 150 (Perlembagaan Persekutuan) tidak menggambarkan tempoh darurat yang tetap. Darurat, pada azalinya, tidak boleh bersifat tetap,” katanya.
Bawah Perkara 150 (7), Ordinan Darurat yang digubal dalam tempoh darurat sah bagi tempoh enam bulan lagi selepas darurat berakhir pada 1 Ogos, katanya.
Pentadbiran Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin memohon pengisytiharan darurat dari 11 Jan hingga 1 Ogos dalam usaha membendung wabak Covid-19.
Bagaimanapun, semasa sidang Dewan Rakyat pada 25 Julai, Takiyuddin Hassan, yang ketika itu menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), berkata Jemaah Menteri telah membatalkan semua EO pada 21 Julai. Ini mencetuskan kritikan Ahli Parlimen pembangkang.
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan bahawa Wan Junaidi, Ahli Parlimen Santubong, akan memegang portfolio itu dalam pentadbirannya, manakala Ahli Parlimen Masjid Tanah Mas Ermieyati Samsudin timbalannya.
Wan Junaidi dan Mas Ermieyati adalah peguam terlatih.
Baca Artikel Menarik :
- Senarai penuh kabinet baru Ismail Sabri
- Tak masuk akal Bersatu tanding banyak kerusi di Pahang
- Kabinet miliki 31 menteri, 38 timbalan menteri
- Ini kabinet PN 2.0, kata pembangkang
- PM bazirkan peluang tak lantik Azalina, Asyraf Wajdi dan Shahril
- Kluster Mahkamah hanya mahu perbicaraan adil
- Ceiling fan falls on family of 6 having dinner [VIDEO]
- Terkejut babi putih terjah depan rumah (Video)
- Alasan bergaduh dengan isteri, rupanya….
- Resepi Bihun Goreng Tomyam Sempoi
- Pasangan kekasih berdepan detik cemas motosikal dihimpit, disamun
Layari Laman Facebook MYKMU
Selain itu, kata Surendra, Wan Junaidi perlu meneruskan pembaharuan yang dimulakan pada era Takiyuddin, terutama berhubung pemisahan peranan pendakwa raya dan peguam negara.
“Beliau harus mengeluarkan laporan jawatankuasa pembaharuan institusi yang dibentuk bawah Majlis Penasihat Kerajaan semasa pemerintahan Pakatan Harapan (PH).
“Laporan jawatankuasa ini akan menjadi sangat penting dalam menilai pembaharuan apa yang diperlukan dan bagaimana untuk melaksanakannya. Tiada alasan untuk tidak mengeluarkan laporan ini,” katanya.
Seorang lagi peguam, M Ramachelvam meminta Wan Junaidi menubuhkan sebuah suruhanjaya pembaharuan undang-undang untuk membantu Parlimen mengkaji undang-undang negara.
“Banyak negara Komanwel lain mempunyai suruhanjaya bebas sebegini untuk mengusulkan pembaharuan dan mengemukakan saranan kepada Parlimen. Sudah tiba masanya kita juga memilikinya di sini.
“Pada masa ini, kita ada unit semakan dan pembaharuan undang-undang bawah Pejabat Peguam Negara,” katanya, sambil menambah, badan tersebut tidak sepatutnya diletakkan bawah Pejabat Peguam Negara. FMT
Mansuh ordinan berkaitan darurat
TMJ cari penyanyi lagu saduran Azman Naim
You must be logged in to post a comment.