Kabinet baharu, jangan rumah siap pahat masih berbunyi – Penganalisis
Kabinet baharu, jangan rumah siap pahat masih berbunyi – Penganalisis
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah melakukan sehabis baik untuk pembentukan Kabinet yang ada, kata penganalisis politik Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad.
Berdasarkan penilaiannya, Kabinet ini adalah pilihan Perdana Menteri yang melibatkan dari beberapa pemimpin parti berlainan dalam sebuah kerajaan.
Katanya, sudah pasti setiap pandangan dan cadangan parti terlibat harus dipertimbangkan dan diperhalusi sebaiknya.
“Ini merupakan lantikan yang akan melaksanakan dasar baharu kerajaan, di samping mengekalkan dasar sedia ada yang baik untuk rakyat.
“Penilaian 100 hari tahap keberhasilan dan prestasi menteri umpamanya, perlu dicapai sepertimana kita tahu Perdana Menteri yang kuat bekerja dan amat mementingkan pencapaian prestasi kerjanya.
Baca Artikel Menarik :
- Senarai penuh kabinet baru Ismail Sabri
- Tak masuk akal Bersatu tanding banyak kerusi di Pahang
- Kabinet miliki 31 menteri, 38 timbalan menteri
- Ini kabinet PN 2.0, kata pembangkang
- PM bazirkan peluang tak lantik Azalina, Asyraf Wajdi dan Shahril
- Kluster Mahkamah hanya mahu perbicaraan adil
- Ceiling fan falls on family of 6 having dinner [VIDEO]
- Terkejut babi putih terjah depan rumah (Video)
- Alasan bergaduh dengan isteri, rupanya….
- Resepi Bihun Goreng Tomyam Sempoi
- Pasangan kekasih berdepan detik cemas motosikal dihimpit, disamun
Layari Laman Facebook MYKMU
“Seluruh Kabinet atau Jemaah Menteri harus menterjemahkan semangat dan iltizam yang ada pada Perdana Menteri,” katanya mengulas pengumuman pembentukan Kabinet baharu oleh Ismail Sabri, hari ini.
Menurut Wan Khairul Ihsan, sokongan dan dokongan rakyat amat diperlukan dalam memberi peluang kepada kerajaan serta seluruh Kabinet membuktikan pencapaian mereka, sekali gus memastikan setiap perancangan boleh dirasai oleh rakyat keseluruhannya.
“Kita bagi mereka peluang dan Perdana Menteri akan menilai prestasi menteri-menteri ini demi kebaikan rakyat. Jangan kita mengkritik bak pepatah “rumah siap pahat masih berbunyi”.
“Sebagai sebuah Keluarga Malaysia, kita wajib bersama kerajaan untuk memastikan negara mampu keluar dari pandemik kesihatan dan krisis ekonomi yang kita hadapi sekarang,” katanya. MG
Kabinet baharu, jangan rumah siap pahat masih berbunyi – Penganalisis
TMJ cari penyanyi lagu saduran Azman Naim
You must be logged in to post a comment.