Fungsi pembangkang seperti biasa, politik lebih matang
Fungsi pembangkang seperti biasa, politik lebih matang. Peranan pembangkang tetap sama walaupun ada perjumpaan antara pemimpin pembangkang dan Perdana Menteri dan wujud persefahaman mengenai isu tertentu.
Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau masih Ketua Pembangkang namun peta politik sudah berubah dan lebih matang.
“Kalau dulu pembangkang dianggap musuh ketat yang mana ini adalah politik kurang matang dan menimbulkan permusuhan, pergeseran peribadi yang tidak berkesudahan.
“Sebab itu kita mengalu-alukan naratif dan pendekatan politik baharu yang lebih matang. Rakyat berhak bersetuju sepenuhnya dengan kerajaan, bersama dengan parti-parti dalam kerajaan atau memilih untuk tidak bersetuju dengan memilih bersama menyokong pembangkang atau memilih untuk berkecuali,” katanya dalam satu kenyataan video di Facebook malam tadi.
Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata pertemuannya bersama pimpinan PH dengan perdana menteri adalah untuk meredakan suhu politik yang terlalu hangat dan kebetulan pertemuan ketua-ketua parti politik dengan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Perak sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk mencari jalan kurangkan perbalahan.
“Atas sebab itu, kami (pemimpin pembangkang) menerima undangan Perdana Menteri untuk mengadakan perbincangan agak berterus terang.
“Itu kerana kita tahu negara sedang menghadapi malapetaka wabak COVID-19 yang nampak belum ada perubahan, pendekatan yang kita nampak mampu meredakan permasalahan itu,” katanya yang juga Ahli Parlimen Port Dickson.
Menurutnya, masalah COVID-19 juga secara tidak langsung terkait kepada isu ekonomi negara kerana ia juga berkaitan dengan soal kehidupan rakyat.
“Dulu kita sebut B40 tetapi sekarang M40 pun terkesan hingga golongan ini turun hingga B40. Belum pernah sejarah kita ketika penaklukan Jepun di tanah kepulauan Melayu yang mana ketika itu orang bercakap makan ubi dalam kesusahan.
“Sekarang ratusan ribu malahan mungkin berjuta (rakyat) mengharapkan bantuan makanan. Kerana ini kami menyambut tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri untuk berbincang, apa salah dan perbincangan itu berlangsung sangat baik,” katanya.
Anwar berkata, Perdana Menteri mengajak berbincang perkara yang disepakati berkait isu COVID-19 kerana harus ada pendekatan baharu yang lebih berkesan.
“Peruntukan tambahan untuk rakyat, RM45 Bilion yang dicadangkan, Datuk Seri Ismail (Sabri) kata boleh tetapi mesti ada kesepakatan, kemudian kita tambah, jangan ada wang, dana yang begitu besar tetapi apakah kaedah tender, pembelian, kos yang munasabah, jangan ada ketirisan, ada kebocoran, maka harus ada pemantauan.
“Kita mengolah satu perkara persefahaman yang baharu dan dalam masa yang sama peranan kami masih membangkang, masih memantau mencari kelemahan besar sama ada dasar atau pun pelaksanaan, jadi ini tidak berubah,” katanya.
Beliau berkata perjumpaan itu bukan untuk meminta jawatan dan tidak ada rundingan, yang ada hanya dua perkara iaitu soal COVID-19 dan ekonomi rakyat.
“Sekiranya perkara ini dapat disepakati, maka kita beri jaminan kerajaan itu agak stabil dan kita juga berharap agar jemaah menteri akan lebih berwibawa dan kita harap janganlah ambil (jemaah menteri) yang prestasinya sangat lemah.
“Kita mengambil atas nasihat Yang di-Pertuan Agong mengenai mematangkan politik, jadi kita tidak mahu mengheret polis, SPRM tetapi kalau bersalah, itu soal lain,” katanya.
Fungsi pembangkang seperti biasa, politik lebih matang
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
- Senarai penuh kabinet baru Ismail Sabri
- Tak masuk akal Bersatu tanding banyak kerusi di Pahang
- Kabinet miliki 31 menteri, 38 timbalan menteri
- Ini kabinet PN 2.0, kata pembangkang
- PM bazirkan peluang tak lantik Azalina, Asyraf Wajdi dan Shahril
- Kluster Mahkamah hanya mahu perbicaraan adil
- Ceiling fan falls on family of 6 having dinner [VIDEO]
- Terkejut babi putih terjah depan rumah (Video)
- Alasan bergaduh dengan isteri, rupanya….
- Resepi Bihun Goreng Tomyam Sempoi
- Pasangan kekasih berdepan detik cemas motosikal dihimpit, disamun
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.