Muhyiddin Letak Jawatan, Nilai Ringgit Naik

Sebaran :

Oleh Nurul Aisyah

Peletakkan jawatan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia memberi kesan positif terhadap nilai ringgit Malaysia.

“16 Ogos 2021: Ringgit ends marginally higher against US dollar”

Malah indeks Bursa Malaysia sebenarnya tidak bergerak begitu ketara semalam walaupun beberapa media melaporkan pasaran saham Malaysia menjunam teruk. Penurunan Bursa Malaysia sebanyak 2.21 point sebenarnya lebih rendah berbanding pasaran saham negara-negara jiran.

Semalam, Istana Negara mengumumkan peletakan jawatan Muhyiddin selepas beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Ketika era pemerintahan Muhyiddin, negara mengalami krisis ekonomi yang sangat teruk. Rakyat hilang pekerjaan, perniagaan banyak yang tutup, paras kemiskinan yang semakin meruncing dan lain-lain lagi.

Tambahan pula ketika “Lockdown” yang panjang dilaksanakan, kes Covid langsung tidak turun, malahan makin bertambah setiap hari. Akhirnya terbongkar, kerajaan Muhyiddin menganiaya rakyat Malaysia ketika “Lockdown”.

Bukti khianat paling besar pada rakyat biasa dari golongan B40 dan M40 didedahkan apabila kerajaan PN mengumumkan bahawa ekonomi Malaysia berkembang 16.1% pada Suku kedua 2021 – iaitu hampir memulih dari penguncupan 17.1% pada suku yang sama tahun lepas. Suku kedua ialah bulan April, Mei dan Jun iaitu ketika negara melaksanakan PKP 3.0 pada 12 Mei.”Total lockdown” bermula pada 1 Jun.

Hampir semua sektor (kecuali sektor-sektor terpilih) ditutup manakala berita orang mula bunuh diri atas masalah kewangan dan menaikkan bendera putih bermula pada bulan tersebut juga. Jadi, bagaimana pula ekonomi mampu berkembang dengan kadar begitu besar ketika itu?

Siapa yang dapat manfaat dan siapa yang sengaja dikorbankan kerajaan untuk mengejar nombor KDNK itu?

Memetik Facebook Najib Razak,

Saya dah lama kecam dan memberi amaran bahawa dasar kerajaan untuk mementingkan sektor kilang dan pembinaan adalah tidak adil dan sangat kejam.

Saya dah kata masa itu bahawa ekonomi-ekonomi besar dalam dunia masa itu sudah memulih dan permintaan ekspot amat tinggi.

Sebab itu, eksport negara akan sangat rancak.

Tetapi saya banyak kali beri amaran untuk jangan kejar ini.

Sebab yang hanya akan dapat manfaat adalah pemilik-pemilik asing kilang dan towkay-towkay besar.

Rakyat biasa akan dikorbankan sebab langkah lockdown separuh masak ini bermaksud Covid dan lockdown akan menjadi lebih teruk dan akan berpanjangan.

Bahawa jika perlu berkorban, semua perlu berkorban bersama untuk sekita dengan total lockdown yang benar-benar total bagi memberi impak maksimum untuk kawal Covid supaya lockdown boleh berakhir lebih awal dan nyawa diselamatkan.

Jangan ada segelintir sahaja yang untung besar tetapi bahagian terbesar Rakyat biasa dikorbankan.
Saya siap lukis supaya PN faham:

Namun saranan Najib tidak diambil berat, Kilang dibuka kerana eksport mantap tetapi perniagaan biasa yang memberi kerja dan merupakan sumber pendapatan pada majoriti Rakyat disekat.

Yang kaya dibantu kaut keuntungan manakala Rakyat biasa yang paling tidak mampu dan tidak patut disekat pula dikorban dengan lockdown antara paling panjang dalam dunia.

Makin lama lockdown, makin tinggi kes Covid di Malaysia.

Memang patut kerajaan Muhyiddin ditukar. Mereka menganiaya rakyat.

 


Sebaran :

Leave a Reply