Mesyuarat Bersatu selesai, ‘sekarang bergantung kepada Agong tentukan pemimpin

Mesyuarat Bersatu selesai, ‘sekarang bergantung kepada Agong tentukan pemimpin’, kata Redzuan

“InsyaAllah, akan ada (pengumuman) tapi kita tunggu esok,” itu kata Menteri Tugas-tugas Khas Mohd Redzuan Md Yusof mengenai spekulasi Muhyiddin Yassin akan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri esok.

“Sekarang bergantung kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memastikan negara dipimpin oleh mereka yang mengutamakan rakyat,” kata Redzuan selepas menghadiri mesyuarat Ahli Parlimen Bersatu di Kuala Lumpur.

Beliau berkata Muhyiddin menimbang untuk meletak jawatan sebagai “pilihan terakhir” demi kebaikan rakyat.

Redzuan berkata mesyuarat lebih dua jam itu membincangkan “halatuju sekiranya Perdana Menteri meletak jawatan,” tetapi tidak mengulas lanjut.

Beliau juga membidas tindakan Ahli Parlimen yang menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin sebagai tidak bertanggungjawab.

“Sepatutnya mereka memastikan kelangsungan usaha perdana menteri dan (kerajaan) PN,” kata beliau.

Antara yang menghadiri mesyuarat hari ini adalah Timbalan Presiden parti Ahmad Faizal Azumu, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Rashid Hasnon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Mustapa Mohamed serta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Muhyiddin dilaporkan akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah esok untuk meletak jawatan dan pengumuman rasmi di jangka menyusul selepas pertemuan itu.

Kerajaan PN pimpinannya kini terumbang ambing setelah dilaporkan kehilangan majoriti di Dewan Rakyat susulan 15 Ahli Parlimen Umno menarik balik sokongan kepada perdana menteri.

Jumaat lalu, Muhyiddin menawarkan pelbagai tawaran kepada pembangkang dan Umno, termasuk mengadakan pilihan raya umum selewat-lewatnya Julai depan, peruntukan sama rata kepada semua ahli Parlimen dan melaksanakan beberapa pembaharuan demokrasi.

Ini dengan syarat mereka bersetuju menyokong beliau dalam usul percaya di Parlimen.

Bagaimanapun, tawaran perdana menteri itu ditolak oleh semua parti pembangkang dan pimpinan Umno yang mendakwa ia cubaan Muhyiddin merasuah secara terbuka untuk kekal berkuasa. FMT

Mesyuarat Bersatu selesai, ‘sekarang bergantung kepada Agong tentukan pemimpin

Azwan Ali nak sound Munkar Nankir (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker