Tidak sempat jadi anggota polis, rider maut

Tidak sempat jadi anggota polis, rider maut

NILAI – Seorang penghantar makanan tidak sempat melapor diri sebagai anggota polis selepas dia maut dalam kemalangan membabitkan motosikal dan kereta di Jalan Kuarters KLIA di sini kelmarin.

Mangsa, Azreeq Azri, 26, yang meninggal dunia di tempat kejadian dikatakan telah lulus dalam ujian sedang menunggu tarikh untuk melapor diri dipercayai selepas pandemik Covid-19 reda.

Ibunya mangsa, Noor Azni Mohd. Ali, 56, berkata, arwah yang baru dua bulan mendirikan rumah tangga bertugas di bahagian perkhidmatan pelanggan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor sebelum ini.

“Dia telah diberhentikan kerja akibat pandemik Covid-19 dan mencari rezeki sebagai penghantar makanan bersama adiknya.

“Dia memohon untuk menjadi anggota polis. Arwah tidak memilih kerja lebih-lebih pada musim pandemik. Sepatutnya dia akan melapor diri (sebagai anggota polis) selepas pandemik ini selesai,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kota Seriemas di sini semalam.

Menurut Noor Azni, kali terakhir dia berjumpa arwah anaknya yang tinggal di Salak Tinggi, Sepang kira-kira tiga hari lalu.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Cerita wanita itu, dia dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa arwah daripada seorang lagi anaknya ketika bekerja di KLIA sebelum bergegas ke lokasi kemalangan bersama suami.

“Saya berasa sedih kerana Azreeq seorang anak yang baik dan pemurah,” katanya hiba.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd. Fazley Ab. Rahman memberitahu, ketika kejadian si mati yang menunggang motosikal dalam perjalanan dari Bandar Enstek menghala ke Kuarters KLIA.

“Setibanya di lokasi kejadian, kenderaan mangsa melanggar sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Perodua Alza yang datang dari simpang kanan. Mangsa terjatuh dan disahkan maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala,” katanya.

Jenazah Azreeq dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ar-Raudhah, Kota Seriemas, Nilai selepas zuhur semalam. K Online

Tidak sempat jadi anggota polis, rider maut

Azlee : Jangan malu jual buah macam saya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker