Keluarga Hantar Nasi Berisi Tanah Kubur, Tolak Covid-19 Punca Kematian Suaminya
Keluarga Hantar Nasi Berisi Tanah Kubur, Tolak Covid-19 Punca Kematian Suaminya
JAKARTA – Petugas kesihatan di Hospital Daerah Muhammad Sani, Karimun, Batam menerima bungkusan makanan yang mengerikan daripada keluarga arwah pesakit Covid-19, lapor BeritaBali.com, hari ini.
Menerusi satu kemas kini di laman Facebook dengan akaun Fajar Jayadi Om Brewok, bungkusan berisi nasi, telur puyuh, rambutan,sekuntum bunga kemboja itu turut ditabur dengan segenggam tanak kubur, dipercayai milik seorang pesakit Covid-19 yang meninggal selepas dirawat di hospital itu.
“Papa, Mama ambil sedikit tanah kubur Papa untuk dicampur dengan makanan yang dikirim kepada petugas hospital yang menyeksa Papa semasa Papa hidup.
“Mama redha Papa diambil Tuhan tetapi tidak redha dengan layanan petugas kesihatan yang turut menuduh Papa mati disebabkan Covid-19,” tulis keterangan Facebook itu.
Turut ditulis pada bekas polisterin makanan itu adalah sepotong ayat iaitu ‘Selamat Dihantui’.
Ketua Bahagian Maklumat Hospital, Okto Fuji mengesahkan penerimaan beberapa bungkusan makanan tersebut namun memilih untuk tidak mengambil tindakan lanjut.
“Bungkusan makanan itu dipercayai dihantar oleh keluarga arwah pesakit Covid-19 yang tidak berpuas hati dengan layanan petugas kesihatan ke atas mangsa.
“Pada pendapat saya, jika ada keluarga yang tidak puas hati, boleh buat aduan di Bahagian Aduan Dan Maklumat. Jangan buat perkara syirik seperti ini,” ujar Okto. – Agensi
Keluarga Hantar Nasi Berisi Tanah Kubur, Tolak Covid-19 Punca Kematian Suaminya
Baca Artikel Menarik :
- MACC arrests JB mayor over alleged kickbacks
- Apa tindakan UMNO seterusnya, ini jawapan Zahid
- Abang Allahyarham Siti Sarah positif Covid-19, tahap oksigen menurun
- Mastura enggan patuh tuntutan UMNO Kuala Kangsar
- Sindiran Harith Iskander dibalas baik Menteri Agama
- Resepi Sotong Goreng Madu Best Giler
Layari Laman Facebook MYKMU
Tanah kubur abang aku masih merah lagi!
You must be logged in to post a comment.