Jururawat suntik 9,000 orang dengan air garam

Jururawat suntik 9,000 orang dengan air garam

MUNICH, Jerman – Seorang jururawat yang merupakan individu antivaksin mengaku menyuntik hampir 9,000 warga emas dengan picagari berisi air garam dan bukan vaksin Covid-19, lapor akhbar The Sun semalam.

Kejadian itu berlaku di Pusat Vaksinasi di Friesland, awal Mac lalu. Ketika itu, suspek bertugas di bawah Persatuan Palang Merah.

Pihak berkuasa mula membuat panggilan kepada penduduk setempat supaya mereka mendapatkan suntikan vaksin sekali lagi jika tidak yakin dengan dos yang diterima dalam tempoh masa insiden berlaku.

Anggota majlis perbandaran tempatan, Sven Ambrosy meluahkan rasa terkejut dengan kejadian tersebut.

“Hari ini saya menjalankan satu tanggungjawab berat apabila terpaksa memaklumkan 8,600 penduduk bahawa suntikan yang mereka terima adalah air garam semata-mata dan bukan vaksin Covid-19.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Bagi memastikan ketenangan jiwa semua orang, pihak perbandaran mengesyorkan agar mereka yang menerima suntikan vaksin pada awal Mac lalu untuk mendapatkan suntikan semula,” katanya menerusi Facebook.

Menurut pihak berkuasa kesihatan, jururawat berkenaan dipercayai berupaya menukar kandungan vaksin di dalam botol kerana dia bertanggungjawab untuk proses penyediaan vaksin dan jarum sepanjang bertugas di pusat vaksinasi itu.

Penyiasat polis, Peter Beer memberitahu bahawa sehingga kini, pihaknya belum mendapat motif jelas atas tindakan suspek, namun dia dilaporkan pernah menyuarakan pandangan skeptikal berkenaan vaksin di media sosial.

“Suspek memilih menggunakan haknya untuk berdiam diri maka kami tidak pasti apa dan berapa ramai mangsa yang terkesan akibat tindakannya itu.

“Namun, kami mendapat kejadian berlaku dalam tempoh tujuh minggu bermula Mac jadi ia memberi gambaran kasar sebahagian besar penduduk yang terlibat,” kata polis. K Online

Jururawat suntik 9,000 orang dengan air garam

Saya tak maki Sanusi pun kena juga – Shahanim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker