PM, PN dijangka terus terima kejutan besar

 

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dijangka terus menerima pelbagai kejutan besar dalam tempoh sebulan ini susulan ‘serangan’ bertali arus daripada UMNO ketika ini.

Pensyarah Kanan Sains Politik daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mujibu Abd Muis berkata, ia dapat dilihat apabila hampir setiap hari parti Melayu terbesar itu membuat asakan terhadap kepimpinan Muhyiddin.



Beliau berkata, ia bermula dengan pengumuman menarik balik sokongan kepada Muhyiddin dan kerajaan pimpinannya disusuli pendedahan sejumlah ahli Parlimen daripada UMNO yang telah menarik balik sokongan terhadap Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu.

Jelasnya, dalam situasi yang dilihat tidak berpihak kepada Ahli Parlimen Pagoh itu, kemungkinan wujud kejutan lebih besar bukan sesuatu yang mustahil.

“Kalau kita lihat memang akan ada lagi (kejutan), cuma apakah yang akan datang itu lebih mengejutkan, itu saya rasa barangkali ia mengejutkan.

“Cuma adakah akan ada kejutan besar seperti penjajaran baharu dengan parti lain, desakan atau gelombang yang lebih besar. Contohnya bergabung dengan pembangkang untuk bergerak sebagai satu suara mendesak Parlimen dibuka lebih awal atau desak perdana menteri letak jawatan.



“Saya rasa kebarangkalian (kejutan lebih besar) itu timbul mungkin ada. Kita dapat lihat UMNO begitu bersungguh-sungguh (menyerang Muhyiddin dan PN) ketika ini,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika ditanya kemungkinan wujud kejutan lebih besar terhadap Muhyiddin dan PN dalam tempoh sebulan ini.

Ia susulan dakwaan terbaharu UMNO yang menyatakan kira-kira 15 ahli Parlimen daripada parti itu tidak lagi menyokong Muhyiddin sebagai perdana menteri.

PM, PN dijangka terus terima kejutan besar




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Zahid Hamidi calon PM?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker