Pesakit melecur, bilik isolasi hospital terbakar
Seorang pesakit lelaki melecur di tangan kiri apabila pengatur tekanan oksigen (oxygen pressure regulator 02) terbakar di bilik isolasi, Hospital Slim River di sini pada Selasa.
Difahamkan ketika kejadian, tiada pesakit lain yang menerima rawatan di bilik di tingkat lima hospital berkenaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Slim River, Mohd Fazrul Azuan Norman berkata, sepasukan 10 anggota bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 7.42 petang.
Menurutnya, kebakaran di bilik berkenaan bagaimanapun berjaya dipadamkan oleh kakitangan hospital sebelum ketibaan pasukan bomba.
“Kejadian itu menyebabkan pesakit berusia 48 tahun mengalami melecur sembilan peratus pada bahagian tangan kirinya.
“Kebakaran itu turut memusnahkan kira-kira lima peratus bilik berkenaan termasuk sebahagian katil pesakit,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini.
Mohd Fazrul Azuan berkata, pemeriksaan mendapati api berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh kakitangan hospital dengan menggunakan alat pemadam api.
“Anggota kemudiannya membuat penilaian keadaan (size up) bagi memastikan tiada unsur-unsur berbahaya di lokasi kejadian. “Operasi ditamatkan pada jam 8.55 malam,” katanya.
Pesakit melecur, bilik isolasi hospital terbakar
Baca Artikel Menarik :
- ROS maklumkan MT Umno hanya caretaker hingga selesai pemilihan
- Institusi raja perlu dipelihara, kuasa semak dan imbang terakhir rakyat
- Suara rakyat tak lagi bernilai jika ada isu ‘beli’ Ahli Parlimen
- Azlee Senario Kini Jual Buah-Buahan Di Pasar Tani
- Polis siasat gambar tular bendera Malaysia terbalik
- Resepi Sotong Bakar Portugis Mesti Cuba
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.