Muhyiddin PM Pertama Tersungkur Undi Percaya

AlFatihah buat Siti Sarah

MALAYSIA bakal mengukir satu lagi sejarah dalam politik tanahair. Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dikatakan akan tersungkur ketika usul undi percaya kepada perdana menteri semasa sidang Parlimen bulan hadapan bagi membuktikan beliau masih memiliki sokongan majoriti ahli Parlimen.

Sokongan rakyat terhadap beliau sangat rendah. Bahkan rakyat yang tidak terlibat dalam politik turut mengkritik beliau sebagai PM gagal, kerajaan gagal, pembunuh bersama sumpah seranah yang sangat keras.

Semalam kematian harian terus merekodkan angka tertinggi dengan 360 kes dimana 85 daripada 360 kematian dicatat semalam adalah Bought In Dead (BID) atau meninggal dunia di luar hospital sebab tidak sempat menerima rawatan.

Memetik Page Datuk Seri Najib, Pandemik mengancam semua negara tapi Malaysia PALING PARAH dalam dunia selepas 7 bulan Darurat dan lockdown paling panjang dalam dunia. Kita tak jatuh begitu teruk tanpa sebab. Tapi kalau tanya pihak sebelah sana, mereka akan kata ini adalah salah Rakyat tak ikut SOP.

Seluruh dunia mencatat 8,022 kematian Covid semalam. Malaysia sumbang 4.5% (360) daripada angka itu. Malah, 85 daripada 360 kematian dicatat semalam adalah Bought In Dead (BID) atau meninggal dunia di luar hospital sebab tidak sempat menerima rawatan. Tanpa mengambil kira saiz penduduk, Malaysia terletak di tangga ke-7 paling tinggi kematian Covid dalam dunia semalam.Malaysia ialah negara dengan kadar kematian Covid paling tinggi.

Ini data dan sains. Sudah tiba masa untuk kerajaan mengaku gagal. Ini kematian. Melibatkan nyawa Rakyat Malaysia. Satu tragedi yang amat besar sekali.

Kerajaan Muhyiddin sangat gagal menangani isu Covid 19. PN melaksanakan darurat dengan menggunakan alasan krisis Covid sudah sangat parah tapi mereka dengan tidak bertanggungjawab telah membuka sekolah, sedangkan parlimen ditutup. Sekolah tetap buka walaupun PKP dilaksanakan.

Kluster pendidikan melonjak naik, Menteri PN berkata murid lebih selamat di sekolah. Kata mereka yang tak bergejala tetap boleh hadir di sekolah. Kononnya ini berdasarkan data dan sains.

Malah seorang lagi menteri PN pula menyuruh ibu bapa jangan risau sebab KKM ada cara untuk tangani kluster pendidikan. DS Najib mencadangkan tutup sekolah dengan segera untuk mengelakkan bencana. Akhirnya, KKM akui lebih 64,000 murid sekolah telah dijangkit sejak sekolah buka 2 bulan.

Untuk makluman, ini adalah kecuaian jenayah yang telah membawa kepada ribuan kematian dan menyebabkan Covid tersebar luas ke dalam komuniti sehingga menjadi sporadik apabila murid-murid sekolah tidak bergejala dengan tidak sengaja bawa balik virus ke rumah untuk menjangkit dan membunuh ahli keluarga.

Itu belum diambil kira keadaan ekonomi yang sangat lemah berbanding negara Asia yang lain.

Namun begitu, Muhyiddin Yassin dilihat langsung tidak ada rasa bersalah. Malah demi untuk mengekalkan kuasa beliau tidak mahu meletakkan jawatan. Beliau berkata usul undi percaya kepada perdana menteri adalah perkara biasa dan beliau tidak takut atau bimbang untuk menghadapinya semasa sidang Parlimen bulan hadapan bagi membuktikan beliau masih memiliki sokongan majoriti ahli Parlimen.

Berdasarkan kegagalan demi kegagalan kerajaan Muhyiddin menangani Covid 19, keberangkalian besar, kita bakal menyaksikan Muhyiddin PM pertama yang tersungkur ketika usul undi percaya kepada perdana menteri semasa sidang Parlimen bulan hadapan.

– Nurul Aisyah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker