Sokongan terhadap BN, UMNO terus meningkat – Ismail

Sokongan terhadap BN, UMNO terus meningkat – Ismail

Menjelang hari pengundian, sokongan orang ramai terhadap Barisan Nasional (BN) sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri semakin meningkat.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, peningkatan itu bukan sahaja di kawasan kubu kuat BN/UMNO, malah termasuk di beberapa negeri yang menjadi kubu kuat parti pembangkang.

Beliau berkata, sokongan itu diperoleh berdasarkan maklum balas yang diperolehnya ketika turun berkempen di beberapa lokasi di Negeri Sembilan dan Terengganu.

“Saya sudah pergi ke beberapa tempat seperti di Negeri Sembilan, dua kawasan Parlimen iaitu Kuala Pilah dan Tampin. Saya pergi ke Terengganu di Besut.

“Nampak sokongan diterima (terhadap BN) begitu baik. Saya lihat dari segi tempat ke tempat yang saya pergi, sokongan secara terbuka kepada Barisan Nasional amat jelas. Walaupun di negeri tertentu seolah-olah parti lain begitu kuat tapi apabila saya pergi, sambutannya amat memberangsangkan.

“Jadi saya rasa ini adalah isyarat kepada undi yang akan diberikan pada 12 Ogos nanti,” katanya selepas menghadiri program Kenduri Rakyat di FELDA Sungai Kelamah Gemencheh, dekat sini, malam tadi.

Yang turut hadir, Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa dan calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gemencheh, Suhaimizan Bizar.

Ismail Sabri yang juga Ketua UMNO Bahagian Bera, berkata sukar untuk menjangkakan gelombang yang sama dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang lalu turut berlaku pada PRN ini.

“Saya mungkin tak pergi ke semua negeri tetapi di kawasan yang saya pergi seperti di FELDA Sungai Kelamah ini, sambutannya meriah dan respon begitu positif pada BN. Di sini dan juga Besut adalah kubu UMNO, sambutan diterima amat memberangsangkan, jadi saya harap sambutan di sini dan Terengganu sama di tempat lain,” katanya. BH

Sokongan terhadap BN, UMNO terus meningkat – Ismail

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Enot dedah dakwaan berkahwin dengan pengkid

Rakan pelawak ‘kahwin’ pengkid, Didie Alias sebak

Bukan saya nak buka aib Enot – Didie luah perasaan

Kenapa saya diceraikan – Adibah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker