Konsert Dolla di Kelantan?

Bukan Nak ‘Jolok Sarang Tebuan’, Dolla Teringin Buat Persembahan Di Kelantan

Konsert Dolla di Kelantan?

Kumpulan wanita M-Pop Malaysia, Dolla mengimpikan untuk membuat persembahan di semua negeri di Malaysia termasuklah di Kelantan.

Teringin buat persembahan di Kelantan



Menurut Dolla, mereka hanya ingin berkarya dan memberi mesej positif kepada peminat meskipun terdapat segelintir pihak yang menyifatkan kumpulan wanita itu akan memberi pengaruh yang tidak baik kerana penampilan seksi.

Sejujurnya, untuk persembahan pentas, kami hanya ikut label punya perancangan. Kalau diberi peluang, kami akan beri persembahan yang terbaik.

Sabronzo yang berasal dari Kelantan mengatakan bahawa dia sudah beberapa kali bercuti di negeri patuh syariah itu, namun tidak pernah melakukan persembahan di sana.

Rasanya kita pernah ke Kelantan sebelum ini. Namun atas urusan bercuti (bukan buat persembahan pentas). Saya asal dari kelantan.



Menjadi impian kami untuk buat persembahan di seluruh Malaysia (termasuk Kelantan) sebab kami mahu orang tahu tentang kewujudan muzik kami.

Bukan nak ‘jolok sarang tebuan’

Dalam pada itu, Dolla menjelaskan bahawa mereka tidak pernah terfikir untuk ‘menjolok sarang tebuan’ kerana hanya ingin bekerja sebagai pelaku seni sahaja.

Kami faham dan hormat semua orang punya pendapat atau nilai kehidupan. Mereka punya pandangan dalam beberapa perkara (berkaitan agama). Kami takkan cuba nak paksa pandangan kami dalam diri sebilangan orang. Hormat keputusan orang.



Kami juga berpendapat, kita semua perlu hormat gaya hidup masing-masing sebagai rakyat yang baik. Kalau suka, teruskan tengok dan sokong dan kalau sebaliknya, toleh tempat lain.

Bagaimanapun, satu fakta yang tak boleh dinafikan adalah Malaysia sebuah negara yang penduduknya berbilang kaum. Dolla sendiri, kami ada Melayu dan Cina namun masih boleh berdiri teguh sebagai satu kumpulan sebab itulah istimewanya negara ini.
Sumber : Kosmo

Konsert Dolla di Kelantan?

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Viral perarakkan pemuda PAS dengan ‘lembing dan perisai’, Ketua Pemuda PAS cuba menjarakkan diri

Tergamak sungguh buang Quran dalam longkang



Mahathir perjelas kenapa beliau tak serah kuasa kepada Anwar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker