Tuduhan Muhyiddin tak senonoh dan kasar – Zahid

Tuduhan Muhyiddin tak senonoh dan kasar – Zahid

Kasar, tak senonoh tuduh Umno tak sokong PN sebab tak dibebaskan daripada pendakwaan, kata Zahid

Presiden Umno, Zahid Hamidi menempelak dakwaan bahawa pemimpin Umno tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana tidak dibebaskan daripada pendakwaan.

Beliau menyifatkan dakwaan itu sangat kasar dan tidak senonoh.

“Umno berasa kesal sehingga ke tahap itu tuduhan sanggup dibuat demi memelihara kedudukan,” katanya dalam satu kenyataan media di Facebooknya.

“Institusi diraja dipersenda, demokrasi dipermain, undang-undang dimanipulasi, kini rakyat dibohongi. Sanggup berdusta untuk memesongkan perhatian rakyat daripada isu pokok iaitu kegagalan dan hilang sokongan.”

Semalam, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mendakwa beliau menerima tekanan daripada beberapa pihak supaya mencampuri urusan mahkamah untuk membebaskan beberapa individu yang sedang didakwa atas kesalahan jenayah.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Presiden Bersatu itu berkata, di sebalik ketegasannya tidak melayani permintaan “kluster mahkamah” itu, beliau sebaliknya dituduh menderhaka kepada Majlis Raja-raja.

Katanya, segala tindakan yang dilakukan ketika ini adalah semata-mata untuk memelihara keluhuran Perlembagaan dan mempertahankan kemuliaan institusi Raja Berperlembagaan.

Antara ahli politik yang kini berdepan perbicaraan di mahkamah ialah Zahid dan bekas presiden parti itu, Najib Razak yang lantang mengkritik pentadbiran Muhyiddin dalam memerangi wabak Covid-19.

Dalam pada itu, Zahid berkata pemimpin Umno wajib mempertahankan parti politik itu supaya tidak tersasar dari landasan rakyat.

Beliau juga berkata Umno tidak boleh berpeluk tubuh menyaksikan hari demi hari ratusan rakyat gugur angkara kegagalan yang nyata.

“Umno tidak boleh berdiam diri melihat rakyat terus hidup dalam penderitaan dan kesengsaraan,” katanya.

“Perjuangan diteruskan. UMNO perlu bertindak.” FMT

Tuduhan Muhyiddin tak senonoh dan kasar – Zahid

Langkah Seri Pacific, gerakan musuh dalam selimut

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker