Tarik sokongan dari PN, Muhyiddin: UMNO Perak sokong penuh keputusan MKT
IPOH: Badan Perhubungan UMNO Perak menyokong penuh keputusan menarik sokongan dari Perikatan Nasional (PN) dan kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.
Pengerusinya, Datuk Saarani Mohamad berkata, ia selaras dengan Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO, yang mendokong dan mempertahankan Perlembagaan Negara dan Raja Berperlembagaan.
Menurutnya, kenyataan yang diumumkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi, itu juga adalah selari dengan keputusan yang telah dicapai pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang lepas.
“Dengan penarikan sokongan beberapa ahli parlimen UMNO, kami yakin bahawa Perikatan Nasional dan juga Tan Sri Muhyiddin telah hilang majoriti di Dewan Rakyat,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Sehubungan itu, Saarani berkata, UMNO Perak akan terus melaksanakan tanggungjawab sebagai kerajaan negeri dengan memberikan tumpuan kepada usaha menangani pandemik COVID-19 serta memastikan nasib rakyat terus terbela.
Selasa lalu Majlis Kerja Tertinggi UMNO memutuskan untuk berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong, dan tidak akan mempertahankan Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan pimpinan Muhyiddin ternyata gagal di mata rakyat dan keputusan itu selaras dengan Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO.
Susulan itu, UMNO mencabar kerajaan untuk segera memanggil Sidang Khas Parlimen bagi membuktikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin masih mempunyai sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat.
Zahid Hamidi dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, mereka tidak perlu menunggu sehingga bulan September sebelum sidang Parlimen berjalan.
Terdahulu, Muhyiddin turut mendakwa beliau masih mempunyai sokongan majoriti dan isu peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri tidak berbangkit.
BACA: PM masih ada majoriti, usul percaya dibentangkan di Parlimen September ini
Jelasnya, beliau telah menyembah maklum kepada Agong, di Istana Negara pada Rabu, bahawa sejumlah Surat Akuan daripada ahli-ahli Dewan Rakyat, yang menurut dirinya masih mempunyai sokongan majoriti.
Baca Artikel Menarik :
- Desakan campur urusan mahkamah, Muhyiddin perlu buat laporan polis
- Gugurkan kes : Najib jawab dakwaan Muhyiddin
- Earth-shattering day for Muhyiddin
- Tiada antibodi dikesan selepas terima dua dos vaksin
- Saya sayang parti dari jawatan – Shamsul
- Tauke nafi ‘bapa ayam’ yang ditahan
- Resepi Kacang Kuda Berempah Jamin Best
Layari Laman Facebook MYKMU
Ismail Sabri bakal dikenakan tindakan?