Lagi Ahli Parlimen persoal lantikan Faizal sebagai penasihat khas PM
Lagi Ahli Parlimen persoal lantikan Faizal sebagai penasihat khas PM. Pelantikan Ahmad Faizal Azumu sebagai penasihat “bertaraf menteri” mengundang kecaman Ahli Parlimen pembangkang yang mempersoalkan kewajaran pelantikan itu dibuat.
Dalam pengumuman dilakukan Pejabat Perdana Menteri hari ini, Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Bersatu bertanggungjawab menasihati Perdana Menteri dalam hal ehwal jalinan komuniti, komunikasi masyarakat dan pembangunan sosioekonomi.
Ahli Parlimen Klang Charles Santiago berkata, adakah Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memberi isyarat bahawa menteri bertanggungjawab dalam pembangunan masyarakat dan sosioekonomi tidak berkemampuan melaksanakan tugasnya.
Charles yang juga wakil DAP berkata, pelantikan berkenaan menunjukkan seolah-olah Perdana Menteri tidak mempercayai barisan Kabinetnya sendiri, sambil mendakwa Muhyiddin sudah kehilangan arah tujuan.
Katanya kepada FMT, pelantikan berkenaan juga tidak mempunyai hubung kait dengan krisis kesihatan yang masih berpanjangan dan menyifatkan langkah kenaikan pangkat itu sekadar lantikan politik semata-mata, sekali gus menimbulkan kemarahan rakyat.
“Saya fikir ia adalah gurauan. Saya tidak tahu apa lagi mahu dikatakan. Saya fikir Perdana Menteri mengetuai Kabinet pelawak, ia seperti sarkas. Cukup teruk. Tiada gunanya.
“Sekiranya, beliau (Muhyiddin) mahu menggantikan kekosongan Menteri Tenaga dan Sumber Asli itu saya boleh faham, kerana ia sudah kosong. Namun, pelantikan itu…mengapa? Saya tidak melihat ada keperluan langsung.
“Sekarang, beliau hanya mahu menguatkan kedudukannya dan ini menjurus kepada barisan Kabinet terbesar di dunia. Ini semua dilakukan untuk menjamin kedudukannya sebagai Perdana Menteri,” katanya.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh, menghentam pelantikan Ahmad Faizal dengan mengatakan Kabinet Perikatan Nasional (PN) mempunyai jawatan Kabinet melambak, namun “kerja tidak berjalan”.
“Kalau kontrak doktor dan hospital boleh dinaik taraf dan diputuskan sebegini, nescaya Covid dah kosong kes juga,” katanya dalam ciapan di Twitter.
Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil, mempersoalkan berapa jumlah sebenar penasihat diperlukan Muhyiddin, merujuk kepada bilangan menteri sebelum ini yang bertanggungjawab sebagai mana portfolio Ahmad Faizal.
“Untuk masyarakat, kita sudah mempunyai menteri perpaduan. Untuk komunikasi. kita mempunyai menteri komunikasi dan multimedia. Untuk sosioekonomi, kita ada menteri hal ehwal ekonomi, pembangunan luar bandar, pembangunan usahawan dan koperasi.
“Tidakkah Muhyiddin mempunyai cukup nasihat,” katanya.
Pelantikan itu akan menjadi pelantikan “bertaraf menteri” ketiga oleh Muhyiddin, selepas Ahli Parlimen Bintulu Tiong King Sing yang dijadikan Duta Khas ke China dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang, dilantik sebagai Duta Khas ke Timur Tengah.
Ia sekali gus menjadikan Faizal penasihat khas kedua Muhyiddin, selepas Dr Jemilah Mahmood, yang dilantik sebagai penasihat khas Perdana Menteri untuk kesihatan awam
Ahli Parlimen Tambun itu sebelum ini adalah Menteri Besar Perak sebelum digulingkan dalam undi percaya di DUN Disember lalu. Beliau digantikan oleh Ketua Umno Perak, Saarani Mohamad.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar, “memuji” penyelesaian Muhyiddin untuk keluar daripada kemelut politik, ekonomi, pandemik Covid-19 dan kejadian bunuh diri.
“Rakyat lapar dan rakyat hilang kerja dan hilang pendapatan.,dia bagi kerja dan tambah pendapatan bertaraf menteri pada Dtk (Datuk) Seri Peja (nama samaran Ahmad Faizal) timb (Timbalan) Presiden Parti Bersatu. tahniah PEJA,” katanya.
Selain itu, Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham, turut mempersoalkan kelayakan akademik Ahmad Faizal untuk menjadi penasihat kepada Perdana Menteri selepas mengambil kira beliau tidak menghabiskan pengajian di universiti.
Lagi Ahli Parlimen persoal lantikan Faizal sebagai penasihat khas PM
Baca Artikel Menarik :
- Pandelela cemas kepala hampir terkena platform
- Saya dan Dhabitah sudah lama berpisah
- Resepi Gulai Nangka Muda Ikan Masin Sempoi
- Najib memberi teguran kepada pengkritik kerajaan
- Najib, UMNO Peroleh Kembali Aset Yang Disita Bernilai RM114 juta
- Tuduh saya mencuri tapi pujuk suruh sokong PM
- Horse-trading for the PM’s post, Muhyiddin keep fighting
Layari Laman Facebook MYKMU
Nazri mahu Zahid dikenakan tindakan disiplin dan letak jawatan
You must be logged in to post a comment.