Kekalutan Politik Menjelang September, Bertambah Baik atau Semakin Parah
Kekalutan Politik Menjelang September, Bertambah Baik atau Semakin Parah. Pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai usul undi percaya yang akan dibentangkan di Parlimen pada September depan tidak akan meredakan keadaan, sebaliknya akan menambah gelora politik di negara ini.
Tempoh sebulan itu dilihat terlalu lama dan memungkinkan pelbagai krisis lain yang timbul termasuk dimanipulasikan oleh individu-individu berkepentingan untuk mengambil kesempatan.
Penganalisis politik, Dr Jeniri Amir turut hairan mengapa Muhyiddin perlu menunggu sehingga September sedangkan isu itu begitu penting untuk diselesaikan dengan pantas dan beliau perlu melihat urgency untuk menyelesaikan masalah berkenaan.
Katanya, selagi tidak diselesaikan dengan cara tuntas, selagi itulah kemelut politik tidak akan reda dan keadaan ini akan menjejaskan tumpuan terhadap satu-satu isu yang sepatutnya diselesaikan.
“Ini menjadi permainan politik sesetengah pihak yang ingin memenuhi agenda politik mereka, bukan sangat untuk kepentingan rakyat dan negara tetapi ada pihak yang fikir mereka lebih berhak untuk mengambil alih pimpinan sedia ada.
“Mereka ini tidak memikirkan dan mengendahkan titah Yang di-Pertuan Agong (Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) sebelum ini yang mahu keadaan politik yang stabil di negara ini,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.
Beliau yang juga Felo Kanan Majlis Profesor Negara berkata, dalam tempoh sebulan menuju September, Muhyiddin tidak akan ‘tenang’ sebaliknya akan berdepan dengan pelbagai kerenah dan cubaan untuk menggugat kedudukannya, selain meragui keabsahan kedudukannya sebagai Perdana Menteri.
Katanya, ia menunjukkan kedudukan Muhyiddin masih tidak selamat selagi ia belum dimuktamadkan.
MCA kekal bersama BN tapi sokong PN buat masa ini demi kestabilan
“Kita boleh lihat sendiri angka yang menyokongnya (Muhyiddin) boleh berubah-ubah. Lihat sahaja yang didakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan ada 11 ahli Parlimen yang menarik sokongan tetapi mengikut kenyataan Muhyiddin, hanya lapan ahli Parlimen yang mengemukakan akuan bersumpah (SD).
“Keadaan ini begitu fluid dan boleh berubah-ubah mengikut kepentingan individu atau pihak tertentu. Jalan terbaik adalah semua pihak harus bersabar sahaja dan kita tunggu sehingga September untuk menentukan dia masih mempunyai majoriti.
“Kecuali, ada pihak lain yang dapat buktikan mereka mempunyai majoriti alternatif untuk membentuk dan menggantikan kerajaan sedia ada,” ujarnya.
Ditanya pihak mana yang mempunyai kelebihan dalam situasi kini, beliau menegaskan tiada pihak yang benar-benar mempunyai kelebihan.
‘Nyawa’ Muhyiddin katanya, ibarat di hujung tanduk yang boleh digoncang pada bila-bila masa kerana mempunyai majoriti yang amat tipis.
Lebih-lebih lagi katanya, parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) sendiri meragui kepimpinan Perdana Menteri dan kali ini, situasi itu lebih serius.
“Keraguan itu disebabkan oleh kepentingan dan bayangan yang disebutkan oleh Perdana Menteri dalam kenyataannya, dengan adanya kelompok ‘kluster mahkamah’ dan sebagainya.
“Kalau pemimpin politik di kedua-dua belah pihak dapat bersabar, mereka sepatutnya tunggu tidak sampai dua tahun lagi. Jika mereka betul-betul hendak perjuangkan kepentingan rakyat dan negara, mereka harus biarkan dan selesaikan perkara ini untuk dimuktamadkan dalam pilihan raya akan datang.
“Jangan dikucar-kacirkan lagi dan jangan cetuskan konflik ini, kemudian memudaratkan negara daripada segi ekonomi, kesihatan dan merosakkan imej negara di luar negara termasuk menyebabkan pelabur asing lari, FDI (pelaburan langsung asing) kita terjejas,” tegasnya.
Kekalutan Politik Menjelang September, Bertambah Baik atau Semakin Parah
Baca Artikel Menarik :
- Desakan campur urusan mahkamah, Muhyiddin perlu buat laporan polis
- Gugurkan kes : Najib jawab dakwaan Muhyiddin
- Earth-shattering day for Muhyiddin
- Tiada antibodi dikesan selepas terima dua dos vaksin
- Saya sayang parti dari jawatan – Shamsul
- Tauke nafi ‘bapa ayam’ yang ditahan
- Resepi Kacang Kuda Berempah Jamin Best
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.