Zuraida biadap dengan Agong – Hans Isaac
Zuraida biadap dengan Agong – Hans Isaac
Pelakon dan pengarah, Hans Isaac kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin terhadap Yang di-Pertuan Agong berkaitan pembatalan Ordinan Darurat.
Bekas Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) itu menyifatkan kenyataan Zuraida sebagai tidak bertanggungjawab dan bertentangan dengan prinsip menghormati institusi diraja.
“Sebagai seorang yang menjunjung perlembagaan negara yang mengiktiraf kedaulatan Raja-Raja, saya melahirkan perasaan dukacita dengan sikap seorang yang berstatus Ahli Parlimen.
“(Dia) sepatutnya membawa obor menghormati kedaulatan ini tetapi malangnya membawa sikap yang menjurus kepada kebiadaban dan penderhakaan kepada raja,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Semalam, Zuraida dilapor berkata kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara berhubung cadangan pembatalan Ordinan Darurat pada 29 Julai lalu adalah tidak wajar.
Ini selepas Yang di-Pertuan Agong melahirkan rasa dukacita apabila pembatalan Ordinan Darurat pada 26 Julai lalu dilakukan tanpa mendapat perkenan baginda dan tidak dibentangkan di Dewan Rakyat.
Zuraida berkata, Yang di-Pertuan Agong sepatutnya mendapatkan penjelasan daripada kabinet terlebih dahulu sebelum mengeluarkan titah.
Mengulas lanjut, Hans berkata tindakan Zuraida itu menggambarkan dirinya tidak menghormati penganugerahan darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang lalu.
Untuk rekod, Hans menyertai PKR pada November tahun lalu selain dua lagi rakan artis Afdlin Shauki dan Altimet. MG
Zuraida biadap dengan Agong – Hans Isaac
Baca Artikel Menarik :
- Earth-shattering day for Muhyiddin
- Tiada antibodi dikesan selepas terima dua dos vaksin
- Saya sayang parti dari jawatan – Shamsul
- Tauke nafi ‘bapa ayam’ yang ditahan
- Resepi Kacang Kuda Berempah Jamin Best
- Muhyiddin khttps://https//mykmu.net/2021/08/03/saya-sayang-parti-dari-jawatan-shamsul/ekal PM, bergabung dengan Pejuang, Warisan?
Layari Laman Facebook MYKMU