Tuna gergasi seberat 328kg tewas ditangan pemancing

GIBRALTAR, SEPANYOL – Sekumpulan pemancing berjaya menangkap ikan tuna sirip biru seberat 328 kilogram (kg) di perairan Gibraltar, Sepanyol, lapor akhbar Daily Star semalam.

Kyle Cavilla, Gareth Valarino dan Shawn Desoisa menangkap ikan sepanjang 2.9 meter (m) itu yang didakwa memecah rekod tahun ini selain merupakan ikan kedua terbesar yang pernah ditangkap di perairan tersebut.

“Ia merupakan satu pertarungan di mana tiga lelaki perlu bertungkus-lumus menarik ikan itu ke arah bot.

“Ketika tarikan mencapai kira-kira 35 kg, ril pancing terpaksa disejukkan menggunakan air disebabkan kekuatan ikan tuna gergasi itu,” ujar Cavilla.

Ketiga-tiga kaki pancing itu kemudiannya menjual beberapa bahagian ikan tuna tersebut pada harga £5,000 (RM29,435) manakala beberapa bahagian lagi disimpan untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan.

“Kami menganggarkan bahagian yang dijual itu berpotensi mencecah £20,000 (RM117,730) sekiranya ia dijual di pasaran Jepun,” kata Cavilla.

Pada tahun 2019, seorang hartawan dari Jepun yang digelar ‘raja tuna’ berjaya menangkap ikan tuna sirip biru seberat 278 kg yang dijual pada harga £2.5 juta (RM14.7 juta) dalam satu acara lelongan di Tokyo

Tuna gergasi seberat 328kg tewas ditangan pemancing


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker