Tiada sidang media Ismail Sabri hari ini

Sebaran :

Tiada sidang media Ismail Sabri hari ini

Tiada sidang media TPM petang ini

Pejabat Timbalan Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa Ismail Sabri Yaakob akan membuat pengumuman penting pada 4 petang ini.

“Tiada,” katanya ringkas kepada FMT ketika ditanya mengenai kesahihan laporan berkenaan.

Sebaliknya, Ismail difahamkan akan menghadiri satu program di ibu negara petang ini.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan Naib Presiden Umno itu akan mengumumkan pendirian Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang cenderung menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam sidang media itu.

Ismail tidak menyertai sidang media maya Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi semalam yang turut dihadiri beberapa pemimpin Umno, antaranya Timbalan Presiden, Mohamad Hasan; Setiausaha Agung, Ahmad Maslan; bekas presiden, Najib Razak; veteran parti, Tengku Razaleigh Hamzah dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Azalina Othman Said. FMT

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tiada sidang media Ismail Sabri hari ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Terpulang kalau nak tenggelam bersama Muhyiddin


Sebaran :

Leave a Reply