Resepi Cucur Jagung Rangup Sedap

Resepi Cucur Jagung Rangup Sedap

Resepi kali ini merupakan sejenis masakan yang amat sesuai dijadikan hidangan minum petang. Ianya diperbuat menggunakan tepung gandum dan bahan wajib yang perlu untuk menaikkan rasanya ialah jagung, daun bawang, cili merah, sesetengah resepi menambah udang geragau atau udang kering, namun ikan bilis juga memadai. Malah jika ditambah udang basah juga amat sedap sekali terutama apabila dicicah dengan sos cili.

Penyediaan cucur jagung sangat ringkas namun begitu dengan menggunakan bahan-bahan berikut anda pasti akan menghasilkan cucur udang yang sedap sekali.



Bahan-bahan

Bahan A

4 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
Air secukupnya

Bahan B



3 tongkol jagung mentah ambil isinya
1 biji bawang besar potong dadu
2 batang daun bawang hiris bulat
2 ulas cili besar buang biji dan hiris bulat
Segenggam udang basah atau udang kering
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk goreng tenggelam

Sediakan bahan A iaitu tepung gandum dan tepung beras kecuali air

Masukkan bahan B satu persatu

Gaul kering dahulu



Masukkan air sambil kacau hingga mendapat kepekatan yang diingini.

Sediakan kuali dengan minyak yang banyak untuk goreng tenggelam.

Panaskan minyak dan senbduk adunan dengan sudu saiz besar.

Goreng hingga garing dan tos sebvelum dihidangkan.



Hidang dengan sos cili
Siap!

Penggunaan tepung beras bertujuan untuk memberi rasa rangup terutama apabila ia digoreng dengan minyak yang banyak dan betul-betul panas. Ada sesetengah resepi menggunakan air suam untuk mendapatkan tesktur rangup diluar dan lembut didalam jadi terpulang kepada anda untuk mencuba mengikut selera anda. Selamat mencuba!

Resepi Cucur Jagung Rangup Sedap


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Resepi Bubur Cha-Cha Lazat Sungguh



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker