Perarakan Parlimen: Pak Wan bidas Mahathir, sanggup letak diri setaraf Anwar

Perarakan Parlimen: Pak Wan bidas Mahathir, sanggup letak diri setaraf Anwar. Bekas Perdana Menteri dua kali, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak sepatutnya meletakkan diri beliau setaraf Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menyertai perarakan ahli-ahli Parlimen pembangkang ke bangunan Parlimen pada Isnin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, kehadiran pengasas Parti Pejuang Tanahairku itu menyertai perarakan khas bagi membantah penangguhan sidang Parlimen yang sepatutnya diadakan pada Isnin, adalah amat mengejutkan.

Jelas Mohd Redzuan, sebagai tokoh negarawan berkaliber, adalah tidak wajar bagi Dr Mahathir untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja, termasuk Anwar yang dianggapnya sebagai ‘tidak layak mengetuai negara ini’, semata-mata untuk memenuhi ego beliau menjatuhkan kerajaan sedia ada.



“Untuk Anwar, saya boleh memahami tahap kepimpinan beliau yang ‘konsisten’ dengan retorik politik melalui penganjuran demonstrasi jalanan selain tidak jelas dengan pemahaman beliau terhadap Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara.

“Tetapi untuk Dr Mahathir menyertai Anwar, amat mengejutkan. Pemimpin berkaliber seperti beliau tidak sepatutnya meletakkan dirinya setaraf Anwar, lebih-lebih lagi beliau sendiri selalu melaungkan Anwar tidak layak mengetuai negara ini,” katanya kepada Sinar Premium pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan sebilangan besar ahli Parlimen pembangkang mengadakan perarakan untuk cuba memasuki pekarangan bangunan Parlimen sejak jam 8 pagi.Tindakan itu dilakukan ahli-ahli Parlimen pembangkang bagi membantah tindakan kerajaan menangguhkan sidang khas Parlimen yang sepatutnya dijadualkan pada Isnin, susulan berlaku penularan Covid-19.

Ahli Parlimen pembangkang berkumpul di Dataran Merdeka



Turut hadir dalam perarakan tersebut ialah Dr Mahathir dan Anwar sendiri; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Shafie Apdal.

Mengulas lanjut mengenai penglibatan Dr Mahathir, Mohd Redzuan atau lebih dikenali Pak Wan mengakui sepanjang mengenali negarawan berusia 96 tahun itu, pemimpin veteran itu sememangnya konsisten sebagai seorang pendendam apabila beliau tidak perolehi perkara dikehendaki.

Bahkan, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu turut menegaskan Dr Mahathir sanggup bekerjasama dengan sesiapa sahaja bagi memuaskan ego sendiri.



“Saya lihat Dr Mahathir sememangnya konsisten sebagai seorang pendendam apabila beliau tidak dapat perkara dikehendaki. Beliau akan bekerjasama dengan sesiapa sahaja untuk memuaskan ego sendiri.

“Saya menghormati beliau di atas jasa-jasanya kepada negara sewaktu menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

“Bagaimanapun, pada saat krisis pandemik Covid-19, beliau sepatutnya berganding bahu bersama kerajaan memerangi pandemik, bukan sibuk hendak turut serta jatuhkan kerajaan,”katanya.

Dalam pada itu, Pak Wan turut mengulangi pendirian bahawa tindakan ahli-ahli Parlimen pembangkang berarak ke bangunan Parlimen adalah tidak cerdik.



“Sidang Parlimen bukan sengaja mahu ditangguhkan. Namun, keputusan dibuat setelah berlaku penularan varian Delta sehingga menjangkiti ramai orang di bangunan itu ketika ini.

“Lagipun, bangunan Parlimen ketika ini sudah diwartakan sebagai Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),”katanya.

 

Perarakan Parlimen: Pak Wan bidas Mahathir, sanggup letak diri setaraf Anwar




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Anwar dakwa kerajaan sudah tumbang



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker