PEJUANG Dakwa Kerajaan Langgar Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat
PEJUANG Dakwa Kerajaan Langgar Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat
Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mendakwa kerajaan telah melanggar Perkara 36(7) Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat yang menegah penyalahgunaan nama Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertua Negeri-Negeri bagi mempengaruhi Majlis Mesyuarat.
Dalam kenyataan bersama beberapa Ahli Parlimen Pejuang hari ini, parti itu menggesa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seluruh ahli Kabinet meletak jawatan masing-masing.
“Kami juga berpendapat, atas semua tindakan-tindakan yang melanggari prinsip Demokrasi Berparlimen, serta penghinaan terhadap titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, maka kami Ahli-Ahli Parlimen Pejuang menyarankan agar Muhyiddin serta seluruh Jemaah Menteri mengambil jalan terhormat dengan segera berundur dari jawatan masing-masing.
“Hanya dengan cara ini kemelut politik berlarutan dapat berakhir dan tumpuan sepenuhnya boleh diberikan kepada usaha-usaha untuk menyelesaikan krisis kesihatan, ekonomi dan sosial yang kini melanda negara sejak lebih tujuh belas bulan yang lepas,” menurut kenyataan itu.
Sebelum ini, Mesyuarat Khas Parlimen berlangsung empat hari mulai 26 hingga 29 Julai lalu dan sepatutnya berakhir hari ini.
Khamis lalu, Mesyuarat Khas Parlimen kecoh susulan kenyataan dikeluarkan Istana Negara yang menyatakan Yang di-Pertuan Agong menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan kerajaan berhubung pembatalan Ordinan Darurat di Parlimen, sedangkan perkara itu belum mendapat perkenan baginda.
Terdahulu pada Isnin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen) Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan kerajaan bersetuju untuk tidak menasihati Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan Proklamasi Darurat baharu apabila ia tamat pada 1 Ogos ini dan Ordinan Darurat telah dibatalkan pada 21 Julai lalu.-Awani
PEJUANG Dakwa Kerajaan Langgar Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat
Baca Artikel Menarik :
- Saya dah tutup pintu depan, tapi…
- Takiyuddin masuk hospital, jalani pembedahan jantung
- Resepi Spaghetti Gigi Hadid Viral Lagi Sedap
- Sarah Irdina dipaksa bogel dalam lokap,polis nafikan
- Mall tutup 3 hari, parlimen sampai 2 minggu
- Pedofil hantar gambar kemaluannya kepada kanak-kanak
Layari Laman Facebook MYKMU