Hentikan suruh berkurung lagi – Lana Nordin

Hentikan suruh berkurung lagi – Lana Nordin

Terus lantang bersuara, pelakon, Lana Nordin menyarankan kerajaan agar mendidik rakyat bagaimana untuk hidup ketika wabak melanda dan bukan mengarahkan untuk terus berkurung.

Lana atau nama sebenar Mazlina Hasan Nordin berkata, virus Covid-19 tidak akan hilang dan kerana itu kerajaan perlu berhenti menakut-nakutkan rakyat dengannya.



“Sampai masanya bila rakyat sudah bersuara, lama sangat dah kita terkurung! Kes naik juga! Covid-19 pun orang dah tak peduli agaknya.

“Nak kena kurung sampai Disember. Hentikan suruh berkurung lagi, ini satu tindakan gila. Virus tidak akan hilang sampai bila-bila. Daripada kau kurung kita, kenapa tidak hero kita ini ajar kita untuk hidup sekitarnya bukan menakut-nakutkan rakyat dengan virus,” tulisnya tegas.

Dalam pada itu, Lana menepis dakwaan pihak-pihak tertentu yang mengaitkan kelantangannya bersuara dengan agenda politik.

“Kalau betul agenda politik tetapi boleh ubah kerajaan untuk merubah perundangan terhadap rakyat daripada asyik dipaksa berkurung kenapa tidak?



“Itu pendapat saya. Harap ini bukan agenda politik sahaja, tetapi untuk betul-betul memerdekakan rakyat, Insya-Allah,” ujarnya. Utusan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Hentikan suruh berkurung lagi – Lana Nordin




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker