Olimpik Tokyo: Wartawan dikecam tulis tajuk ghairah berbaur lucah

Tangkap layar tajuk berita berbaur lucah yang ditulis seorang wartawan Indonesia dan menimbulkan kemarahan netizen. -Tangkap layar Viva News

Olimpik Tokyo: Wartawan dikecam tulis tajuk ghairah berbaur lucah. Seorang wartawan Indonesia yang menulis tajuk berita berbaur lucah berkaitan atlet wanita yang menyertai Sukan Olimpik Tokyo 2020 telah menimbulkan kemarahan netizen, lapor laman Coconuts.co kelmarin.

Wartawan yang hanya digelar sebagai RP itu bekerja dengan portal berita sensasi Viva News.

Dia menulis tajuk berita berbaur lucah terhadap atlet Olimpik seperti ‘Gaya seksi bidadari bulu tangkis Australia di atas ranjang yang mengghairahkan’ dan ‘aksi mengangkang pemain badminton Kanada membuatkan kami tidak tahan’.

Kebanyakan artikel yang ditulis RP sudah ditarik balik oleh Viva News, namun beberapa tangkap layarnya sempat diambil dan dimuat naik dalam akaun Instagram @lambe_turah seterusnya mencetuskan kemarahan netizen.

“Jika saya, saya akan terus meletak jawatan kerana malu dengan rakan sepejabat,” tulis seorang netizen.

“Mengapa ya tajuknya terarah kepada perkara yang bukan-bukan,” tulis seorang lagi netizen.

RP dan Viva News bagaimanapun belum membuat sebarang permohonan maaf namun RP dikhabarkan sudah memadam akaun Twitternya. -Agensi

Olimpik Tokyo: Wartawan dikecam tulis tajuk ghairah berbaur lucah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Dhabitah berjaya ke final, harapan pingat buat negara

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker