Olimpik Tokyo: Wartawan dikecam tulis tajuk ghairah berbaur lucah
Olimpik Tokyo: Wartawan dikecam tulis tajuk ghairah berbaur lucah. Seorang wartawan Indonesia yang menulis tajuk berita berbaur lucah berkaitan atlet wanita yang menyertai Sukan Olimpik Tokyo 2020 telah menimbulkan kemarahan netizen, lapor laman Coconuts.co kelmarin.
Wartawan yang hanya digelar sebagai RP itu bekerja dengan portal berita sensasi Viva News.
Dia menulis tajuk berita berbaur lucah terhadap atlet Olimpik seperti ‘Gaya seksi bidadari bulu tangkis Australia di atas ranjang yang mengghairahkan’ dan ‘aksi mengangkang pemain badminton Kanada membuatkan kami tidak tahan’.
Kebanyakan artikel yang ditulis RP sudah ditarik balik oleh Viva News, namun beberapa tangkap layarnya sempat diambil dan dimuat naik dalam akaun Instagram @lambe_turah seterusnya mencetuskan kemarahan netizen.
“Jika saya, saya akan terus meletak jawatan kerana malu dengan rakan sepejabat,” tulis seorang netizen.
“Mengapa ya tajuknya terarah kepada perkara yang bukan-bukan,” tulis seorang lagi netizen.
RP dan Viva News bagaimanapun belum membuat sebarang permohonan maaf namun RP dikhabarkan sudah memadam akaun Twitternya. -Agensi
Olimpik Tokyo: Wartawan dikecam tulis tajuk ghairah berbaur lucah
Baca Artikel Menarik :
- Lanjut sidang khas Parlimen, gesa Ku Li
- Jangan berhimpun atau tindakan akan diambil
- Penduduk kampung jerit minta Jokowi buka sekatan
- Muhyiddin berundurlah secara terhormat – Najib Razak
- Sajat diberi notis bankrap, gagal bayar ganti rugi
- Resepi kek coklat kukus laku keras
Layari Laman Facebook MYKMU