Lanjut sidang khas Parlimen, gesa Ku Li

Lanjut sidang khas Parlimen bahas pembatalan Ordinan Darurat, gesa Ku Li

Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah menggesa supaya sidang khas Dewan Rakyat dilanjutkan bagi membolehkan semua Ahli Parlimen membincangkan isu pembatalan Ordinan Darurat yang diumum kerajaan, 26 Julai lalu.

Katanya, langkah itu juga dapat membetulkan semula keadaan susulan krisis berhubung pembatalan Ordinan Darurat oleh kerajaan tanpa perkenan Yang di-Pertuan Agong yang telah menyebabkan Sultan Abdullah dukacita.

“Walupun Agong beri pandangan kita bincang hal ini sebaik mungkin dan menentu sama ada boleh dilulus atau tidak pembatalannya (Ordinan Darurat), saya rasa elok perkara ini dilakukan semula,” katanya semasa sidang media di Facebooknya hari ini.

“Elok sidang Parlimen ini dilanjutkan dan beri peluang Ahli Parlimen suarakan pendapat rakyat, baik buruk ordinan yang dipakai sekarang.”

Beliau yang lebih mesra digelar Ku Li turut menganggap tindakan kerajaan mengumum penarikan balik pelaksanaan Ordinan Darurat sebelum dipersetujui Agong sebagai tindakan kurang cerdik seterusnya seluruh Jemaah Menteri termasuk dari Umno perlu bertanggungjawab.

“Pengumuman kerajaan itu satu pembohongan besar dan tidak cerdik melakukan perbuatan ini. Bukan saja Menteri Hal Ehwal Undang-undang (malah) seluruh Kabinet pimpinan perdana menteri bertanggungjawab,” katanya.

Beliau turut menggesa supaya Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan seluruh Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) meletak jawatan serta menyerahkan balik kuasa kepada Agong melantik pemimpin baharu.

“Saya rasa oleh kerana tak ada ketentuan dari kerajaan maka saya syor dengan kenyataan dibuat Istana Negara, Perdana Menteri, menteri letak jawatan dan undur dari pemerintahan negara, serah balik kuasa ini kepada Agong, biar Agong tentukan masa depan negara kita.

“Mungkin keadaan bertambah baik dan strategi baharu boleh diguna untuk lawan wabak Covid-19.

“Saya harap insaflah mereka yang ada dalam kerajaan supaya kita beri peluang bukan kepada yang memegang jawatan dalam Kabinet tetapi kepada rakyat ramai untuk menentu kehidupan lebih baik dan sempurna,” katanya.

Semalam Istana Negara memaklumkan Yang di-Pertuan Agong belum memperkenan pembatalan Ordinan-ordinan Darurat yang diumumkan Menteri Undang-undang Takiyuddin Hassan di Parlimen pada Isnin lalu menyebabkan Sultan Abdullah dukacita. FMT

Lanjut sidang khas Parlimen, gesa Ku Li


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Muhyiddin berundurlah secara terhormat – Najib Razak

Related Articles

One Comment

  1. Masih jugak tak faham2 lagi. Berpuluh tahu jadi wakil rakyat masih ditakuk lama. Nak lanjut apa. Darurat tamat pada Isnin 1 Ogos 2021 dan dengan sendirinya segala ordinan yang dibuat semasa darurat terbatal atau mansuh kecuali jika tidak diperkenan oleh Agung ia akan berkuatkuasa selama 6 bulan lagi sebelum mansuh sendiri. Atau puak2 PH dan pemimpin2 Umno yang sealiran dengan Ku Li mahu darurat dipanjangkan lagi?

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker