Cermin diri sebelum tuntut kerusi!, pesan Ridhuan Tee pada MIC

Sebaran :

Cermin diri sebelum tuntut kerusi!, pesan Ridhuan Tee pada MIC. MIC tidak perlu membangkitkan atau menuntut kononnya kerusi ‘tradisi’, jika tiada satu pun kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) mempunyai majoriti orang India.

Jika ada sekali pun, hanya kerusi DUN yang ramai pengundi India adalah sekitar 30 peratus, bermakna tiada yang lebih majoriti 50 peratus, kata pemerhati politik, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah.

Berdasarkan rekod, beliau berkata, MIC selama ini bertanding di semua kawasan majoriti Melayu – yang didakwa kononnya sebagai kerusi tradisi parti itu.

“Jangan jadi ultra kiasu, ambil cermin besar, cerminlah diri. Bukan tak boleh tuntut, tetapi berpada-pada. Cermin diri, lihat kekuatan parti.

“Hari ini keadaan sudah jauh berbeza berbanding dahulu. Bertanding untuk menang, bukan sekadar mencuba nasib. Justeru, perlu ada strategi dan perancangan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian susulan kenyataan Naib Presiden MIC, Datuk C. Sivarrajh yang mendakwa yakin kepimpinan Barisan Nasional (BN) akan memberikan peluang parti itu bertanding di sembilan kerusi Parlimen dan 18 kerusi DUN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Malah, Sivarrajh mendakwa, yakin bahawa MIC berpeluang diberikan beberapa lagi kerusi tambahan yang kononnya berpotensi menang berdasarkan tahap sokongan dan demografi penduduk di kawasan terbabit.

Membidas keyakinan parti berkenaan, Ridhuan Tee berkata, lebih logik jika tuntutan itu dibuat oleh MCA berbanding MIC, memandangkan banyak kerusi Parlimen dan DUN yang mempunyai majoriti pengundi Cina untuk berdepan dengan DAP.

“Masalahnya, MCA menuntut dan mendesak bertanding di kawasan majoriti Melayu. Banyak cantik muka.

Kalau darurat batal, tiada guna kita bincang di Dewan Rakyat

“MCA tahu, dia akan berputih mata untuk menang di kawasan majoriti Cina menentang DAP,” katanya.

Beliau menganggap MIC hanya layak diberikan hanya dua kerusi Parlimen sahaja, berbanding sembilan yang dituntut sebagai kerusi tradisi itu.

“Manakala, DUN 10 sahaja bukan 18, itupun kawasan majoriti Melayu yang pasti boleh menang selesa sahaja.

“Jika MIC tidak bertanding sekali pun, pasti kerusi Senator untuk lantikan sebagai menteri dan timbalan menteri akan disediakan. Tak perlu kalut desak BN untuk bertanding, bukan sedikit banyak pula kerusi,” katanya.

Menurut Ridhuan Tee, semakin banyak kerusi kawasan majoriti diberikan kepada MIC dan MCA, maka peluang untuk BN dan UMNO menang juga tipis.

“Apa yang boleh saya nasihatkan kepada MIC, berpada-padalah dalam menuntut hak. Adil itu bukan bermakna sama rata, sama rasa tetapi meletakkan sesuatu pada tempat.

“Janganlah risau, jikan diberikan satu kerusi (tidak mungkin berlaku), dengan kemurniaan hati dan toleransi orang Melayu, pasti akan ada kuota menteri dan timbalan diberikan,” katanya.

Cermin diri sebelum tuntut kerusi!, pesan Ridhuan Tee pada MIC


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pembatalan Ordinan Darurat mencurigakan – Asyraf


Sebaran :

Leave a Reply