PU Riz dedahkan tawaran untuk jayakan misi kemanusiaan di Gaza
PU Riz dedahkan tawaran untuk jayakan misi kemanusiaan di Gaza. Suami kepada selebriti terkenal Neelofa, Muhammad Haris Mohd. Ismail yang terkenal dengan panggilan PU Riz mengaku ada ditawarkan untuk menyertai misi kemanusiaan ke Gaza, Palestin.
PU Riz berkata, tawaran itu diikuti dengan perbincangan untuk menjaya misi tersebut isterinya, penyanyi Heliza Helmi, Hazwani Helmi dan Ustaz Ebit Lew pada Jun lalu.
Katanya, tawaran itu adalah daripada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM Malaysia) dan sudah menjalankan perbincangan secara dalam talian.
“Betul saya bersama isteri dan beberapa selebriti lain termasuk Ustaz Ebit Lew mendapat tawaran untuk ke Gaza.
“Pergerakan ke sana juga dijadual pada Jun. Namun, saya dimaklumkan projek ini tidak dapat diteruskan atas beberapa sebab,” katanya.
Katanya, selepas itu beliau mendapat tahu Ustaz Ebit Lew dan pasukannya sudah ke wilayah yang bergolak itu.
“Itu adalah rezeki mereka,” katanya.
Nama PU Riz, Neelofa, Heliza dan Hazwani sebelum ini disebut penyanyi rap, Caprice dalam hantaran di Instagram yang mendakwa mereka sepatutnya ke Gaza bersama Ebit Lew.
PU Riz berkata, cukup setakat penjelasan bahawa memang beliau bersama yang lain termasuk Ebit Lew dijemput untuk ke Gaza.
Namun katanya, apa yang berlaku selepas itu adalah di luar pengetahuan beliau.
Sehubungan itu beliau berharap orang ramai jelas mengenai perkara itu dan berhenti membuat spekulasi.
PU Riz dedahkan tawaran untuk jayakan misi kemanusiaan di Gaza
Baca Artikel Menarik :
- Cadangan tidak dipeduli, Mahathir akui ‘berang’ dengan kerajaan
- Speaker perlu letak jawatan jika tidak penuhi 3 tuntutan
- Pharmaniaga dapat kelulusan bekal 14 juta dos vaksin Sinovac terus kepada kerajaan negeri, syarikat
- Tabby (DOLLA) Tercalon Antara 100 Wajah Tercantik 2021 Bersama Rose Blackpink [VIDEO]
- Seleweng RM1.12 juta, bekas menteri didakwa esok [VIDEO]
- Resepi Kuah Kacang Sedap Sangat
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.