Resepi tart cadbury bikin lapar

Resepi tart cadbury bikin lapar

Terasa nak buat biskut Tart Cadbury untuk raya nanti? Ramai yang dah cuba dan rasanya memang sedap. Namun biskut ni ada pelbagai versi. Bezanya hanya pada bahan-bahan doh.

Bahan-bahan tart cadbury:

250gm Mentega (1 buku)
2 Sb Gula Aising
1 Telur Kuning
1/2 sk Esen Vanila
400gm Tepung Gandum (lebih kurang 3 cawan)
2 Sb Tepung Kastard
2 Sb Tepung Jagung
Coklat Cadbury
Kuning telur (untuk hiasan) *tambah sedikit pewarna oren

Cara-cara:

Pukul mentega, gula aising, kuning telur dan esen vanila sehingga sebati.

Ayakkan kesemua tepung dan campurkan ke dalam adunan tadi. Uli sehingga menjadi doh. (boleh tambah atau kurangkan tepung sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan senang dibentuk)

Terap doh ke atas loyang dengan menggunakan acuan tart.

Letakkan coklat cadbury sebagai inti dan gulungkan.

Sapukan kuning telur ke atas tart sebagai hiasan.

Bakar selama 15 minit pada suhu 170°c atau sehingga biskut sedikit kekuningan.
(panaskan oven terlebih dahulu)

Bakar selama 15-20 minit atau hingga masak. Masa mungkin berbeza mengikut jenis dan saiz ketuhar.

Sejukkan biskut sebelum disimpan dalam balang.

TIP :

Untuk mendapatkan kesan topping kuning telur yang cantik berkilat, campurkan kuning telur dengan pewarna kuning dan juga setitis dua susu cair.

Resepi tart cadbury bikin lapar


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Resepi Biskut M&M Rangup Lagi Sedap

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker