Penduduk berang CAC berhampiran rumah sesak
Penduduk berang CAC berhampiran rumah sesak
Dengan penularan Covid-19 di Lembah Klang semakin serius, jumlah pusat penilaian Covid-19 (CAC) juga semakin meningkat.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, langkah ini diperlukan untuk mengurangkan tekanan pada CAC utama, seperti yang ada di Stadium Melawati Shah Alam.
Bagaimanapun, situasi itu menyebabkan kegelisahan penduduk yang tinggal di kawasan perumahan berhampiran CAC.
Dalam catatan di laman kumpulan Facebook Taman Sri Andalas, pengguna Facebook Mierz Qmanz mengatakan bahawa sebuah CAC terletak betul-betul di hadapan rumahnya.
Dia mendakwa bahawa mangsa Covid-19 telah hadir ke CAC untuk dinilai yang antara lain menyebabkan kesesakan apabila mereka parkir kenderaan merata-rata.
“Kenapa pihak berwajib letakkan CAC terlalu hampir dengan komuniti kami? Betapa pastinya kamu dengan keadaan udara kami sekarang? Adakah selamat?
“Kurung orang di rumah kononnya nak elak virus dekat dengan kami.. tapi nampaknya pihak berwajib yang dekatkan virus tu dengan kami.. sampai kami nak keluar rumah pun dah takut,” katanya.
Ketika ini, Dewan Sukan Klang di Taman Sri Andalas adalah satu-satunya CAC untuk seluruh mukim Klang yang mempunyai penduduk padat.
Di Bandar Mahkota Cheras, berhampiran Kajang, penduduk yang risau juga telah berkongsi klip video dan gambar orang yang berbaris di tepi jalan di bawah sinar matahari sementara menunggu giliran mereka untuk dinilai.
Seperti dewan di Taman Sri Andalas, dewan di situ juga berhampiran perumaham.
Semua perniagaan di barisan kedai yang berdekatan dengan kemudahan ditutup ketika Malaysiakini mengunjungi kawasan itu petang semalam.
Tidak seperti Klang, daerah Hulu Langat mempunyai dua CAC – satu di Bandar Mahkota Cheras dan satu lagi di Taman Kajang Utama.
CAC di Klang dan Hulu Langat dipercayai mula beroperasi semalam.
Semalam, Ahli Parlimen Kota Raja dan Presiden Amanah Mohamad Sabu mengatakan bahawa dia “sangat marah” CAC Taman Sri Andalas ditubuhkan di kawasannya tanpa amaran.
“Penduduk panik dan tidak tahu harus mengadu kepada siapa … Kita mungkin berada dalam keadaan darurat, tetapi mereka harus memikirkan orang tua yang lebih mudah diserang penyakit.
“Terdapat tempat lain yang jauh dari penduduk seperti stadium Kota Raja, Dewan Hokkien Klang dan Dewan Kemas,” katanya.
Mohamad juga meminta penduduk tinggal di rumah kecuali mereka benar-benar perlu keluar. Mk
Penduduk berang CAC berhampiran rumah sesak
Baca Artikel Menarik :
- Kes rogol Exco: Polis jumpa disyaki air mani, seluar dalam
- Kita mahu PM yang menyakinkan, bukan beli katak
- Macam sengaja cipta kesilapan untuk elak PRU
- Kaki sondol mata duitan, Fiza buat laporan polis
- Setiap hari ibarat hari terakhir dalam hidup, nyawa bergantung kepada mesin
- Resepi nasi ulam serunding ‘terangkat’