Pada Mulanya Dilema, Demi Menjaga Periuk Nasi Keluarga..Azri Terpaksa Tipu Sunat Ellie Isu Vaksin

Pada Mulanya Dilema, Demi Menjaga Periuk Nasi Keluarga..Azri Terpaksa Tipu Sunat Ellie Isu Vaksin

“Memang benar, saya sudah lengkap dua dos vaksin. Suntikan pertama pada 27 Julai dan keduanya pada 16 Ogos lalu. Saya risau akan keselamatan dan kesihatan diri serta keluarga saya, apabila kerajaan menetapkan syarat wajib perlu lengkap dua vaksin untuk terbabit dengan penggambaran, saya menjadi semakin risau.

Mujurlah nama saya dipanggil untuk temujanji vaksin di MySejahtera. Itu pun saya daftar diam-diam tanpa pengetahuan Ellie. Selepas sebulan lengkap vaksin Alhamdulillah, tiada apa-apa kesan sampingan, cuma saya demam dua hari selepas vaksin dos kedua.



“Dia (Ellie) tak tahu pun saya ada temujanji vaksin, saya tipu dia saya kata nak ke bengkel kereta. Selepas bincang dengan anak saya, Nur Anis Mastura, dia sendiri temankan saya ke klinik di AU5. Memang saya berdepan dilema macam manalah nak cerita kepada Ellie sebab risau reaksinya nanti.

“Sampailah ke temujanji kedua pun saya terpaksa berbohong sekali lagi pada Ellie, mahu ke bengkel kereta. Mujurlah proses suntikan itu sekejap saja,” demikianlah jelas pelakon Azri Iskandar yang mengesahkan dirinya sudah lengkap menerima dua dos vaksin jenis Pfizer pada 16 Ogos lalu.

Jelas Azri, 53, pada mulanya dia berdepan dilema untuk mendapatkan suntikan vaksin namun perlu melakukannya demi menjaga periuk nasi keluarga. Cerita Azri, dia terpaksa merahsiakan temujanji suntikan vaksin pertama dan keduanya daripada pengetahuan Ellie kerana risaukan reaksinya.



Bagaimanapun, Azri terpaksa menceritakan perkara sebenar apabila mendapat tawaran berlakon bersama beberapa rumah produksi baru-baru ini.

Reaksi Ellie kata Azri; “You ni pun tak sabar-sabar, tunggulah dulu. Kajian masih baru.” Tegas Azri, biarpun tidak sependapat mengenai penerimaan vaksin, rumah tangga mereka masih harmoni.

Ditanya pula mengenai reaksi anak-anaknya jawab Azri mereka menerima pendiriannya selaku ketua keluarga untuk mencari rezeki berbekalkan dunia seni. Pada masa sama, Azri bersyukur anak ketiganya daripada perkahwinan terdahulu, Nur Anis juga telah lengkap dos kedua vaksin jenis AstraZeneca.

“Semakin lama hutang semakin bertambah, nanti datang pula penyakit lain disebabkan terlampau stress. Mujur, anak-anak saya semuanya memahami situasi dan tahu saya perlu bekerja dengan syarat lengkap divaksin. Saya harap suatu masa nanti, anak-anak saya pun semuanya akan ambil vaksin apabila mereka sudah cukup yakin. Begitu juga Ellie,” ujarnya.



Sebelum ini, Ellie pernah menemani dua anaknya, Azrell Omar, 17, dan Nur Azreen, 12, membuat laporan polis atas alasan mahu mempertahankan hak mereka menolak vaksin COVID-19 yang mahu dilaksanakan kerajaan terhadapelajar sekolah. Ellie juga baru-baru ini memberitahu dia akur dengan tindakan Azri yang mendapatkan suntikan vaksin senyap-senyap.

Pada Mulanya Dilema, Demi Menjaga Periuk Nasi Keluarga..Azri Terpaksa Tipu Sunat Ellie Isu Vaksin


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Takkan saya tak berhak tahu – Najib



Wanita mengaku Nabi, dihukum mati

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker