HKL kritikal tetapi tidak tolak pesakit

HKL kritikal tetapi tidak tolak pesakit

Situasi kritikal, tetapi HKL janji tak tolak pesakit

Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengakui bahawa situasi di hospital tertua di negara itu kritikal, seperti yang dilihat melalui pelbagai catatan di media sosial.



Pengarahnya, Dr Heric Corray bagaimanapun berkata, HKL tidak akan menolak pesakit Covid-19 yang mahu mendapatkan rawatan.

“HKL akan menerima rujukan kes-kes kritikal dan kecemasan seperti dari Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di MAEPS,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Berkenaan laporan terdapat kekangan kapasiti katil serta para petugas yang tidak mencukupi di Unit Rawatan Rapi (ICU), penggunaan katil pada masa ini berada di tahap sangat tinggi.

“Untuk makluman, alat-alat perubatan seperti oksigen, katil dan lain-lain sentiasa berada di dalam perancangan dan permintaan kepada pihak pembekal mengikut keperluan semasa.”



Beliau berkata, HKL akan memindahkan pesakit kritikal ke Hospital Rehabilitasi Cheras dan Institut Perubatan Respiratori jika keadaan mereka bertambah baik.

Doktor di HKL menggunakan media sosial semalam untuk menunjukkan situasi kritikal di hospital berkenaan.

Dalam catatan di Instagram, seorang doktor berkata, Jabatan Kecemasan HKL tidak mempunyai katil dan kanvas yang mencukupi untuk menampung kemasukan pesakit.

Katanya, semua lapan wad hospital itu penuh dan alat bantuan pernafasan tidak cukup untuk diagihkan.



Malah tambahnya, pegawai perubatan terpaksa memilih pesakit mana yang mendapatnya terlebih dahulu.

Seorang lagi doktor berkata, satu prosedur terpaksa dilakukan di atas lantai untuk menyelamatkan seorang pesakit yang mempunyai masalah pernafasan.

Berkenaan hal ini, Corray berkata, pesakit tersebut mengalami sawan dan mempunyai risiko jatuh daripada katil kanvas.

“Atas faktor keselamatan dan rawatan segera, beliau telah dibaringkan secara mengiring ke kanan untuk mengelakkan air liurnya masuk ke dalam saluran paru-paru yang akan memberi risiko kepada pesakit,” katanya.



Katanya, pesakit berkenaan dibawa ke Jabatan Kecemasan dan Trauma dalam keadaan tidak sedarkan diri, tiada denyutan dan tidak bernafas.

“Pada ketika itu, semua katil telah digunakan dan pada masa tersebut didapati lantai yang mempunyai permukaan rata yang terbaik maka CPR (Cardio-Respiratory Resuscitation) dilakukan serta-merta,” katanya.

Beliau menambah, pesakit berkenaan malangnya tidak dapat diselamatkan.

Corray berkata, penggunaan katil pada masa ini meningkat berikutan terdapat pertambahan penerimaan kes Covid-19.



“HKL juga telah menangguhkan kes-kes pembedahan elektif sejak Disember 2020 bagi memberi keutamaan kepada kes-kes kecemasan yang lebih memerlukan penggunaan katil,” katanya. FMT

HKL kritikal tetapi tidak tolak pesakit


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Zarina Anjoulie nak saman pegawai polis wanita

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker