Satu keluarga disahkan positif Covid-19, bapa terkorban

Satu keluarga disahkan positif Covid-19, bapa terkorban

Semua 12 orang disahkan positif Covid-19 sehingga meragut nyawa seorang daripada mereka, merupakan pengalaman sedih buat sebuah keluarga di Felda Sungai Lui, Jempol, Negeri Sembilan.

Mangsa Covid-19 Mohamad Zulfahmi Hamdan, 29 berkata, dia kehilangan bapanya Hamdan Hajri, 66 pada 7 Jun lepas akibat wabak itu dan ternyata memberi kesan mendalam kepada adik beradik dan ibunya, Norsiah Ibrahim, 63.

Anak keenam daripada tujuh beradik itu memberitahu, semua adik-beradiknya tinggal serumah dan mula dijangkiti apabila salah seorang kakaknya disahkan positif wabak selepas menjadi kontak rapat kepada pesakit Covid-19.

Menurutnya, mereka sekeluarga seramai 12 orang melakukan saringan dan kesemuanya disahkan positif wabak itu.

“Kakak di hantar mendapatkan rawatan di Hospital Tampin pada 20 Mei manakala mak dan abah dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban (HTJ).

“Mereka dipisahkan kerana mak ada penyakit kencing manis dan memerlukan rawatan awal manakala sembilan ahli keluarga yang lain dikuarantin di rumah,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Zulfahmi berkata, bapanya kemudiannya di hantar ke pusat kuarantin di Port Dickson tetapi keadaannya semakin merosot lalu dibawa semula ke HTJ, namun disahkan meninggal dunia pada 7 Jun lepas jam 3.10 oleh pihak hospital.

“Pada 2 Jun lepas dapat telefon abah, dia minta kami membacakan surah Yasin. Keesokannya doktor maklumkan keadaan paru-paru abah semakin sempit dan keadaan kritikal sehingga doktor terpaksa menambah dos oksigen. Kami sempat membuat panggilan video terakhir sebelum abah dikomakan.

“Sebelum itu kami berusaha menelefon dan menghantar WhatsApp untuk bertanya khabar tetapi tiada jawapan sehingga menerima panggilan abah sudah tiada. Keadaan itu mengejutkan malah seperti tidak percaya tetapi kami reda.

“Pada awalnya, kami tidak memaklumkan perkara itu kepada mak kerana tidak mahu dia bimbang dan terkejut. Alhamdulillah selepas satu minggu mak dibenarkan pulang pada 14 Jun lepas dan kami hanya cakap abah ‘OK’ di hospital,” katanya.

Bercerita lebih lanjut, Zulfahmi berkata ibunya terkejut sehingga pengsan sebaik dimaklumkan sudah seminggu bapa meninggal dunia.

“Ibunya pengsan sebaik mengetahui sudah seminggu kejadian berkenaan. Bagaimanapun, ibu kini sudah boleh menerima kenyataan itu dan reda dengan ketentuan ALLAH SWT,” katanya. FMT

Satu keluarga disahkan positif Covid-19, bapa terkorban


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lagi pemimpin PAS kurang senang kempen #BenderaPutih

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker