Kenapa MCA beria ucap tahniah 100 tahun penubuhan Parti Komunis China?



Kenapa MCA beria ucap tahniah 100 tahun penubuhan Parti Komunis China. Ucapan tahniah diungkapkan MCA kepada Menteri Jabatan Perhubungan Antarabangsa Parti Komunis China, Song Tao sempena ulang tahun ke-100 penubuhan parti itu menimbulkan tanda tanya.

Pemerhati politik, Ustaz Sharipudin Abdul Kadir mempersoalkan sama ada hubungan MCA dengan kerajaan China bersifat hubungan ideologi.

“Kenapa MCA beria ucap tahniah 100 tahun penubuhan Parti Komunis China? Kita bimbang jika berkait ideologi komunis dan dijadikan dasar sekiranya MCA dapat memerintah Malaysia,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini.

Terdahulu sambil merakamkan ucapan tahniah, Naib Presiden MCA, Datuk Tan Teik Cheng berkata, sejak MCA dan Parti Komunis China menandatangani memorandum kerjasama dan pertukaran pada 18 Julai 2014, Jawatankuasa Hal Ehwal China MCA selalu menjadi salah satu unit dukungan utama antara parti.

Bahkan Teik Cheng mengimbas kembali seratus tahun Parti Komunis China yang mana parti itu berjaya memimpin China dan warganya untuk maju, selain terus membawa pembaharuan inovasi dalam semua aspek pembinaan negara.




Selain itu, katanya, parti juga berjaya mempromosikan pemodenan China dan mewujudkan kehidupan bahagia untuk rakyat yang menjadi contoh kepada semua negara lain.

“Sejak MCA dan Parti Komunis China menandatangani memorandum kerjasama dan pertukaran pada 18 Julai 2014, Jawatankuasa Hal Ehwal China MCA selalu menjadi salah satu unit dukungan utama antara parti.

“Melalui Pusat ‘Belt and Road’ di bawah jawatankuasa itu, pelbagai kerjasama dan pertukaran rancangan telah dilancarkan dan membuahkan hasil,” katanya dalam kenyataan pada 29 Jun.

Selain itu, Teik Cheng turut berharap, kedua-dua pihak akan terus mengekalkan kerjasama erat pada masa hadapan, sambil mengukuhkan hubungan yang akan menyatukan persahabatan antara Malaysia dan China.

Bagaimanapun, Ustaz Sharipudin menegaskan MCA adalah parti politik di negara ini, justeru perjuangan politik parti berasaskan perkauman itu seharusnya di bumi Malaysia.




Susulan perkembangan itu, beliau juga mengingatkan parti-parti politik Melayu dan Islam di negara ini bertindak bijak ketika mengadakan pemuafakatan politik dengan mana-mana parti bangsa Cina.

“Pada peringkat permulaan mereka boleh bersetuju dengan apa gagasan yang kita bawa itu amat terhad. Dalam pendidikan mereka menolak sistem pendidikan kebangsaan.

“Dalam ekonomi mereka sukar untuk kongsi dengan Bumiputera. Apa yang telah mereka perolehi menjadi milik mereka.

“Apa yang kita miliki mereka menuntut untuk dikongsi bersama kononnya atas nama keadilan bersama,” katanya.

Kenapa MCA beria ucap tahniah 100 tahun penubuhan Parti Komunis China?


Baca Artikel Menarik :




Layari Laman Facebook MYKMU


Mufti mahu masjid surau dibuka untuk pulihkan kesihatan mental rakyat



Leave a Reply

Your email address will not be published.