Henti Pertikai Bendera Putih, Beri Bantuan Segera

Henti Pertikai Bendera Putih, Fokus Beri Bantuan Kepada Rakyat – Asyraf Wajdi

Ketua Pemuda UMNO menggesa semua pihak menghentikan polemik dan pertikaian mengenai Kempen Bendera Putih, inisiatif yang dimulakan netizen.

Menurut Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, Pemuda UMNO seluruh negara telah digerakkan untuk membantu mereka yang memerlukan termasuk yang menaikkan bendera putih.

“Daripada terus berpolemik dan mempertikai inisiatif netizen perihal bendera putih, lebih baik sama-sama fokus membantu.

“Pemuda UMNO seluruh negara juga telah digerakkan untuk pastikan segera membantu mereka yang memerlukan termasuk yang menaikkan bendera putih,” katanya melalui ciapan di Twitter hari ini.

Kempen yang dipercayai bermula sejak Isnin menyaksikan #BenderaPutih trending di Twitter.

Semua platform media sosial bersolidariti membantu golongan memerlukan yang mengibarkan bendera putih di halaman rumah kerana tiada makanan atau perlukan bantuan.

Di seluruh negara, berdasarkan laporan media, terdapat rumah-rumah yang menaikkan bendera putih sebagai tanda memohon pertolongan bagi menghadapi cabaran hidup di era pandemik COVID-19.

Bagaimanapun, terdapat beberapa pihak yang mempertikaikan inisiatif tersebut dengan mendakwa ia bermotif politik, malah sesuatu yang tidak wajar kerana dianggap telah menyerah kalah.

Henti Pertikai Bendera Putih, Fokus Beri Bantuan Kepada Rakyat – Asyraf Wajdi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Noni mengibar bendera putih tagih bantuan

Zarina Anjoulie nak saman pegawai polis wanita

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker