Kaya hanya untuk 4 hari

Kaya hanya untuk 4 hari

Baton Rouge: Seorang wanita di Louisiana menjadi bilionair segera apabila wang berjumlah AS$50 bilion (kira-kira RM207 bilion) dimasukkan secara tidak sengaja di dalam akaunnya.

Ini menjadikan isteri kepada Darren James sebagai individu ke-25 terkaya di dunia namun gelaran itu hanya bertahan selama empat hari.

Lelaki berusia 47 tahun dalam temu bual bersama Fox berkata, dia terkejut apabila mengetahui wang sebanyak itu didepositkan ke dalam akaun isterinya, awal bulan ini.

“Saya amat terkejut apabila isteri menunjukkan baki dalam akaun banknya. Kami menjadi bilionair sekelip mata,” katanya.

Menurutnya, dia dan isteri terfikir mengenai pemilik duit berkenaan kerana tidak mengenali sesiapa yang mempunyai wang sebanyak itu.

Dia juga ada terfikir mungkin ini adalah peninggalan bapa saudara yang kaya kepadanya.

Jika benar, ini menjadikan dia sekeluarga berada di kedudukan lebih tinggi daripada bilionair yang juga pengasas Nike iaitu Phil Knight dalam senarai individu terkaya Forbes.

“Perasaan ini sesuatu yang menakjubkan kerana melihat banyak angka sifar di dalam akaun bank,” katanya.

Isterinya kemudian menghubungi Chase Bank selepas wang itu terus berada di dalam akaunnya selama empat hari.

“Ia sangat mengujakan walaupun saya tidak dapat berbuat apa-apa dengan wang berkenaan,” katanya.

Katanya, dia dan keluarga bagaimanapun sedar bahawa wang berkenaan bukan kepunyaan mereka.

Mereka juga boleh didakwa sebagai pencuri jika menggunakan wang berkenaan.

Dalam pada itu, Chase Bank memaklumkan isu berkenaan sudah selesai dan berlaku disebabkan masalah teknikal sistem.

“Kami menghadapi masalah teknikal minggu lalu menyebabkan beberapa kesilapan berlaku,” katanya. HM

Kaya hanya untuk 4 hari


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ramai anak Palestin tiada kaki – Ebit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker