Hina Pemangku Raja Pahang, Polis terima 23 laporan
Hina Pemangku Raja Pahang, Polis terima 23 laporan. Polis Kontinjen Pahang menerima 23 laporan berhubung dakwaan kenyataan menghina Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang dimuat naik di media sosial baru-baru ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC Mohd Yusri Othman berkata siasatan dilakukan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Siasatan juga kini dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman,” katanya ringkas semasa dihubungi di sini hari ini.
Sejak Ahad, tular di laman sosial tangkap layar ciapan akaun di Twitter yang memuat naik gambar Tengku Hassanal yang diedit bersama kenyataan jelik sehingga menimbulkan kemarahan netizen.
Hina Pemangku Raja Pahang, Polis terima 23 laporan
Baca Artikel Menarik :
- Bendera putih bukan bererti mengaku kalah
- Lancar ‘Phuket Sandbox’, Malaysia Tidak Tersenarai Dalam 66 Buah Negara Dibenar Masuk Thailand
- Najwan maklumkan ada sesuatu yang tidak kena dalam AMK
- Mila Jirin ajak rakan niaga terus tawakal
- Lelaki Ini Kibarkan Bendera Mohon Bantuan Demi Anak Dan Isteri Tapi Tak Disangka [VIDEO]
- Resepi Pucuk Paku Masak Lemak Cili Api
Layari Laman Facebook MYKMU