Cucu tipu nenek anaknya masih hidup
Cucu tipu nenek anaknya masih hidup. Seorang wanita dari China terpaksa menipu neneknya bahawa anak perempuannya masih hidup walaupun sudah lama meninggal dunia.
Lapor Oddity Central, Cheng Jing, 46, dari Xi’an juga telah merekrut individu lain untuk melakukan perkara sama selama 13 tahun hanya kerana tidak sanggup menghancurkan hati warga emas itu.
Cheng Jing baru sahaja kehilangan neneknya namun sepanjang 13 tahun lalu, dia melakukan sedaya upaya membuatkan warga emas itu percaya anak perempuannya masih hidup.
Ibu Cheng Jing iaitu Cheng Congrong meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada tahun 2003.
Menurut laporan itu, Cheng Jing dan Cheng Congrong sangat rapat dengan neneknya sehingga mereka banyak meluangkan masa bersama.
“Cheng Congrong juga kerap kali menghubungi ibunya untuk memberitahu masih sihat.
“Sedar mempunyai masa agak suntuk, Cheng Congrong merakam puluhan mesej suara dan meminta anak-anaknya memainkannya kepada ibunya agar dia tidak risau mengenainya,” jelas laporan itu.
Cheng Jing menghormati permintaan terakhir ibunya selepas kematian tragis itu dan memainkan semua rakaman tersebut kepada neneknya berdasarkan waktu ditetapkan.
Malah, Cheng Jing juga merekrut wanita lain untuk meniru suara ibunya dan meminta menelefon neneknya sekerap mungkin agar dapat menyakinkan warga emas itu anak perempuannya masih hidup dan sihat.
Kisah Cheng Jing menjadi tular di laman media sosial sehingga menyentuh hati rata-rata warganet. – AGENSI
Cucu tipu nenek anaknya masih hidup
Baca Artikel Menarik :
- Bendera putih bukan bererti mengaku kalah
- Lancar ‘Phuket Sandbox’, Malaysia Tidak Tersenarai Dalam 66 Buah Negara Dibenar Masuk Thailand
- Najwan maklumkan ada sesuatu yang tidak kena dalam AMK
- Mila Jirin ajak rakan niaga terus tawakal
- Lelaki Ini Kibarkan Bendera Mohon Bantuan Demi Anak Dan Isteri Tapi Tak Disangka [VIDEO]
- Resepi Pucuk Paku Masak Lemak Cili Api
Layari Laman Facebook MYKMU
Muhyiddin dijangka bawa nama Hishammuddin jika ‘terdesak’ menghadap Agong
You must be logged in to post a comment.