PRN Johor: Kembali Ke Pangkuan BN, Ketua Bahagian Bersatu Mersing Isytihar Keluar Parti

PRN Johor: Kembali Ke Pangkuan BN, Ketua Bahagian Bersatu Mersing Isytihar Keluar Parti

MERSING : Kehangatan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi DUN Endau kali ini bertambah ‘panas’ apabila dikejutkan pula dengan keputusan Ketua Bahagian Bersatu Mersing, Laili Yusof yang mengisytiharkan untuk meninggalkan parti itu berkuat kuasa serta-merta.

Keputusan itu juga diumumkan di hadapan Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak; Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta beberapa lagi pucuk pimpinan parti.



Dalam kesibukan jentera Perikatan Nasional (PN) membuat persiapan untuk berentap merebut kerusi tersebut, Laili tampil dengan tindakan memeranjatkan meninggalkan parti.

Ujarnya, langkah itu dibuat selepas mendapati terlalu banyak konflik dalaman yang berlaku selain melihat Bersatu telah lari daripada prinsip asal mereka.

“Walaupun keputusan nampak terburu-buru ketika PRN berlangsung, tetapi ia terpaksa diambil kira kerana saya telah hilang kepercayaan terhadap pimpinan parti.

“Pelbagai permainan dalaman yang berlaku menyebabkan Bersatu dan kami merasakan Bersatu telah hilang hala tuju yang jujur dan perjuangan untuk bela nasib rakyat sebelum ini hanya sia-sia.



“Kenyataan ini juga untuk sampaikan hasrat untuk kembali ke landasan asal (BN) sekali gus mengumumkan sokongan terhadap calon-calon BN di Mersing,” katanya ketika sidang media di sebuah restoran di Endau pada Jumaat.

Sebelum ini, kemelut dalaman Bersatu Mersing dikatakan berada di dalam dilema pergolakan apabila Laili sendiri dikatakan mewujudkan kem yang berasingan di dalam parti tersebut.

Ini selepas tindakan beliau yang menubuhkan biro wanita sebagai sayap kiri parti yang seakan-akan menafikan kewujudan Srikandi Bersatu.

Turut hadir pada majlis tersebut, Bekas Pengerusi Bersatu Johor, Datuk Mazlan Bujang yang menyampaikan hasrat sama.



DUN Endau sebelum ini juga berdepan kontroversi sama apabila penyandang sebelum ini, Alwiyah Talib membuat keputusan untuk menyertai Bersatu selepas memenangi kerusi itu atas tiket BN.

Alwiyah bakal menerima tentangan daripada calon BN Mohd Youzaimi Md Yusof, Mohamad Fakrulradzi Mahmud (PH), Noorhisyam Ibrahim (Pejuang) dan calon Bebas, Ismail Don.

Dalam masa sama, BN turut mempunyai misi bagi merampas semula kerusi tersebut yang disifatkan sebagai bukan milik Bersatu.-AA

PRN Johor: Kembali Ke Pangkuan BN, Ketua Bahagian Bersatu Mersing Isytihar Keluar Parti



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker