Surat Hishammuddin, Individu berkaitan sedang dikesan

 

Surat Hishammuddin Individu berkaitan sedang dikesan. Polis akan memanggil individu berkaitan bagi membantu siasatan surat yang kononnya ditulis Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembah jumlah sokongan ahli Parlimen.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintenden Basri Sagoni berkata, pihaknya kini sedang mengenal pasti bagi mengesan individu berkaitan untuk siasatan kes tersebut.

“Kita sedang mengesan individu berkaitan untuk diambil keterangan. Biar polis siasat dahulu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim mengesahkan pihaknya menerima laporan dari wakil Istana Negara di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields berhubung surat palsu untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembah jumlah sokongan Ahli Parlimen.

Mengulas lanjut perkara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, pengadu adalah pegawai Istana Negara membuat laporan itu selepas menerima kiriman mesej WhatsApp tertera surat menggunakan kepala surat Bendahari Agung Barisan Nasional (BN).

Katanya, pengadu mendapat mesej dari aplikasi WhatsApp mengatakan pihak Istana Negara ada menerima surat daripada BN bagi tujuan pembentukan Kerajaan Malaysia yang baharu.

“Pengadu kemudian membuat semakan dengan pihak Istana Negara dan mendapati surat itu tidak diterima oleh pihak istana dan mengesyaki cap terima itu adalah palsu.

“Perkara ini sedang menyiasat perkara terbabit mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Surat Hishammuddin, Individu berkaitan sedang dikesan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

 


Politik UMNO semakin buruk dengan penangguhan pemilihan parti

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker