Tok Mat tegaskan pemilihan Umno diadakan lebih awal jika Covid-19 semakin baik

Tok Mat tegaskan pemilihan Umno diadakan lebih awal jika Covid-19 semakin baik. Pemilihan Umno tidak semestinya ditangguhkan sehingga 18 bulan walaupun perlembagaan parti membolehkannya, kata Mohamad Hasan.

Timbalan presiden Umno itu berkata, pemilihan mungkin diadakan lebih awal jika kedaaan penularan wabak Covid-19 semakin baik.

“Berdasarkan perlembagaan Umno, kita boleh tangguh selama 18 bulan. (Tetapi) Tak semestinya kita perlu tunggu selama 18 bulan (untuk mengadakan pemilihan parti).



“Sekiranya situasi semakin baik, kita mungkin boleh mengadakan pemilihan lebih awal,”

Sebelum ini beberapa media melaporkan Umno hampir pasti menangguhkan pemilihan parti itu selepas majoriti ahli Majlis Tertinggi (MT) bersetuju untuk menangguhkannya selama 18 bulan.

Menurut sumber yang juga ahli MT Umno, keputusan itu dibuat berdasarkan perlembagaan parti dan kata sepakat dicapai melalui satu resolusi yang dibuat secara dalam talian,

Ahli MT Umno, Tajuddin Abdul Rahman mengesahkan perkara itu.



Katanya, Umno juga telah mendapatkan pandangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang menyarankan pemilihan ditangguhkan.

“Semua setuju tangguh pemilihan, jadi, selepas penangguhan selama 18 bulan, pemilihan Umno dijangka akan diadakan awal 2023,” katanya ketika dihubungi.

Untuk rekod jika pemilihan ditangguhkan selama tempoh itu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi akan terus memimpin parti itu sehingga ke waktu itu.

Pada masa sama, terdapat beberapa tokoh dalam Umno yang menggesa pemilihan diadakan segera.



Antara yang telah menyuarakan pandangan itu adalah Ahli Parlimen Padang Rengah Nazri Abdul Aziz, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin dan Pengerusi Umno Perlis Shahidan Kassim.

Tok Mat tegaskan pemilihan Umno lebih awal jika Covid-19 semakin baik


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

 




Gesaan darurat tidak dilanjutkan selepas 1 Ogos

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker