Kemuka tuntutan palsu, Penolong, Timbalan Pengarah SKMM didakwa
Kemuka tuntutan palsu, Penolong, Timbalan Pengarah SKMM didakwa. Dua pegawai Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) di negeri ini berdepan lima pertuduhan di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu, di sini, hari ini.
Tertuduh, Sufri Hassan Mindar, 35, dan Syahruddin Muhd Saleh, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.
Menurut pertuduhan, Sufri sebagai Penolong Pengarah SKMM pada 13 Januari 2014 telah menggunakan dokumen palsu bertarikh 30 Disember 2013 selaku Ketua Pejabat SKMM Cawangan Beaufort untuk membuat tuntutan berjumlah RM4,900.
Selain itu, Sufri turut berdepan pertuduhan alternatif iaitu membuat tuntutan palsu kononnya sudah mengeluarkan perbelanjaan penyewaan sistem audio, kelengkapan elektrik dan hamper untuk Festival Begandang Beaufort 2013.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 465 Kanun Keseksaan.
Mahkamah membenarkan Sufri diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan deposit RM4,000 dan seorang penjamin tempatan selain turut diarahkan melapor diri kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dua bulan sekali sehingga sebutan semula kes pada 16 Ogos depan.
Sufri (kiri) mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan di Mahkamah Khas Rasuah, Kota Kinabalu pada Jumaat.
Sementara itu, Syahruddin yang juga Timbalan Pengarah SKMM pula berdepan tiga pertuduhan kerana membuat tiga tuntutan palsu dengan jumlah keseluruhan RM3,990 untuk sebuah program di Parlimen Beluran pada 2014.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta yang sama.
Mahkamah memutuskan ikat jamin kepada tertuduh sebanyak RM10,000 dengan bayaran deposit RM5,000 dan seorang penjamin tempatan.
Syahruddin turut diarahkan melapor diri kepada SPRM setiap dua bulan sekali sehingga sebutan semula kes pada 16 Ogos depan serta diingatkan supaya tidak menganggu saksi pendakwaan.
Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa SPRM, Rekhraj Singh manakala kedua-dua tertuduh diwakili Peguam Abdul Fikry Jaafar Abdullah.
Kemuka tuntutan palsu, Penolong, Timbalan Pengarah SKMM didakwa
Baca Artikel Menarik :
- Polis terima laporan berhubung surat palsu Hishammuddin
- RESEPI KUIH LAPIS BERGEDIK SUKATAN CAWAN
- Terkhilaf keluar Amanah, Hasnul minta maaf
- RM20,000 sehari jual durian waktu PKP
- JKom dibayar lawan pembangkang, bukan saya – Najib
- Siti Elizad mandul? Kau cuit salah orang
Layari Laman Facebook MYKMU
Pemilihan UMNO akan ditangguh?